Malaysia, Thailand setuju lantik orang tengah bantu selesai isu selatan Thailand
Malaysia, Thailand setuju lantik orang tengah bantu selesai isu selatan Thailand
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk melantik orang tengah yang terdiri daripada ketua tentera yang telah bersara untuk mencari jalan bagi membantu dan memberi bantuan dalam menyelesaikan isu di selatan Thailand.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia yang merupakan negara pelbagai bangsa dan agama perlu memastikan kedua-dua pihak di sempadan dapat menyelesaikan isu tersebut.
“Saya tahu saya telah mengambil masa, malah dalam mesyuarat peribadi dengan menteri-menteri kerana saya mahu memulakan dengan beberpa elemen kepercayaan antara kita untuk menyelesaikan masalah ini dengan pemahaman.
“Saya telah meminta kebenaran daripada Perdana Menteri untuk membenarkan saya untuk menzahirkan kekhuatiran menerusi kaedah keamanan dan resolusi,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan O Cha
di Government House, di sini, hari ini.
Menurut Anwar, kini ia terpulang kepada jawatankuasa tersebut dan jawatankuasa sempadan untuk memudahkan carakan tugas-tugas secara bersama dengan rakan mereka di Thailand.
Tambah beliau, Prayut memahami bahawa sesi pertemuan yang diadakan pada hari ini bukannya sesi diplomatik biasa.
“Sesi diplomatik membenarkan kami dua menteri luar untuk bercakap,” ujarnya sambil menambah keutamaan turut diberikan dalam aspek ekonomi dan pembangunan, isu berkaitan perdagangan termasuk pembangunan sempadan.
Sementara itu, Perdana Menteri memberitahu, isu pelarian Myanmar turut dibincangkan pada pertemuan antara dua pemimpin tersebut.
“Saya merayu Perdana Menteri (Thailand) walaupun Thailand mempunyai isu sendiri dengan sempadan (Myanmar), masalah sama turut dihadapi Malaysia.
“Kami berhadapan dengan hampir 200,000 pelarian (Rohingya) dan terlalu sedikit kami boleh lakkuikan kecuali terus berhubung dengan junta Myanmar,” ujarnya.
Katanya, sebagai sebuah negara kecil terdapat had yang dapat Malaysia lakukan dalam menerima pelarian Rohingya. MG
Malaysia, Thailand setuju lantik orang tengah bantu selesai isu selatan Thailand
Baca Artikel Menarik:
- Khairy kini DJ Hot FM
- Razman minta maaf tuduh Anwar pro-LGBT
- Umno diberi masa 60 hari untuk jelaskan tiada pertandingan ‘top 2’
- PAS Selangor tolak Azmin sebagai calon MB
- Banana Dips, 70kg pisang terjual tak sampai tiga jam
- Nazri Aziz bakal duta besar ke Amerika
- Tiada pengeluaran KWSP – Anwar
- SPRM siasat kemungkinan salah guna kuasa dalam kontrak menantu bekas PM
- Sebahagian kaki terpaksa dipotong, pelajar kolej nyaris maut digilis kereta api [VIDEO]
- Rakaman jiran pengotor buang air kecil, tuala wanita dari tingkap rumah [VIDEO]
- Bongkar kisah silam Meerqeen
- Bapa enggan lepas tangan anak tertimbus bawah runtuhan
- Amyra Rosli kena tipu dengan Interior Designer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.