Zahid jawab rungutan Ismail
Zahid jawab rungutan Ismail
Ahmad Zahid Hamidi hari ini menganggap kenyataan negatif dibuat bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob terhadap kepemimpinannya sebagai kelaziman seseorang yang sudah meninggalkan jawatan untuk tempoh tertentu.
Kata presiden Umno itu, apabila seseorang tidak lagi memegang sesuatu jawatan mereka akan menganggap pengganti selepasnya gagal menyamai pencapaian terdahulu.
“Itu pendapat dia (Ismail Sabri). Selalunya begitu… apabila seseorang atau mana-mana tokoh yang meninggalkan jawatan berpuluh tahun atau lima tahun, sembilan tahun atau 22 bulan, 17 bulan atau lebih 14 bulan.
“Malah mereka merasakan bahawa kepimpinan yang diterajui mereka adalah terbaik dan selepas itu semua tak baik,” katanya seperti dipetik Utusan Online di Putrajaya hari ini.
Beberapa hari lalu Ismail Sabri dilapor meluahkan rasa kurang senangnya dengan beberapa perkembangan dalam parti termasuk ketika dia menjadi perdana menteri.
Dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia, Ismail Sabri antara lain mendakwa dia ditekan oleh pemimpinnya sendiri dan pada ketika tertentu dibiarkan diserang oleh pembangkang.
Ismail Sabri merupakan seorang daripada tiga naib presiden Umno. Dia dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin selepas presiden Bersatu itu hilang sokongan majoriti di parlimen pada 16 Ogos tahun lalu.
Untuk rekod, selepas PRU ke-14 yang diadakan pada 2018, Dr Mahathir Mohamad – ketika itu menjadi pengerusi PH – dilantik sebagai perdana menteri.
Namun kesan Langkah Sheraton, dia hanya sempat mengetuai kabinet selama 22 bulan dan sering diperolokkan kerana menjadi perdana menteri untuk tempoh yang singkat.
Bagaimanapun Muhyiddin pula hanya berada di jawatan perdana menteri selama 17 bulan sebelum digantikan oleh Ismail Sabri yang berkhidmat di tempat itu selama kira-kira 14 bulan.
Ismail Sabri juga dilihat kurang senang dengan tindakan Ahmad Zahid membawa BN memberikan sokongan kepada PH bagi membolehkan gabungan diketuai Anwar Ibrahim itu menjadi kerajaan selepas PRU ke-15 pada Nov tahun lalu.
Menurut Ahmad Zahid dia menyerahkan kepada orang ramai serta ahli parti untuk menilai sendiri kenyataan yang dibuat Ismail Sabri.
“Saya tidak ada pandangan yang boleh menyanggah atau bersetuju dengan kenyataan itu.
“Jadi, kita serahkan kepada masyarakat terutama ahli-ahli Umno untuk menilai sendiri perkara itu,” katanya. Mk
Zahid jawab rungutan Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Khairy kini DJ Hot FM
- Razman minta maaf tuduh Anwar pro-LGBT
- Umno diberi masa 60 hari untuk jelaskan tiada pertandingan ‘top 2’
- PAS Selangor tolak Azmin sebagai calon MB
- Banana Dips, 70kg pisang terjual tak sampai tiga jam
- Nazri Aziz bakal duta besar ke Amerika
- Tiada pengeluaran KWSP – Anwar
- SPRM siasat kemungkinan salah guna kuasa dalam kontrak menantu bekas PM
- Sebahagian kaki terpaksa dipotong, pelajar kolej nyaris maut digilis kereta api [VIDEO]
- Rakaman jiran pengotor buang air kecil, tuala wanita dari tingkap rumah [VIDEO]
- Bongkar kisah silam Meerqeen
- Bapa enggan lepas tangan anak tertimbus bawah runtuhan
- Amyra Rosli kena tipu dengan Interior Designer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)
You must be logged in to post a comment.