Unta mati dibelasah selepas kunyah kepala pemilik

Unta mati dibelasah selepas kunyah kepala pemilik

NEW DELHI – Seekor unta di India dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung selepas ia ‘mengunyah’ kepala pemiliknya yang kemudian meninggal dunia, lapor portalberita MailOnline semalam.

Pemiliknya, Sohanram Nayak cuba menangkap semula haiwan yang mengamuk itu selepas ia melepaskan diri daripada ikatan tali dan cuba mengejar seekor unta lain di Kampung Panchu, Bikaner, Rajasthan.

Haiwan itu kemudian menggigit leher pemiliknya, mencampakkannya ke tanah dan ‘mengunyah’ kepala Nayak, demikian menurut laman berita The Times of India.

Dalam video yang tular di media sosial, sekurang-kurangnya enam orang bersenjatakan kayu mengikat unta itu pada sebatang pokok sebelum ia dipukul hingga mati pada Isnin lalu.

Haiwan itu dilihat tersungkur selepas serangan tersebut manakala kamera turut menunjukkan mayat pemiliknya yang tidak bernyawa.

Menurut laporan tempatan, ahli keluarga mangsa terlibat dalam memukul unta berkenaan manakala jasad Nayak diserahkan kepada saudara-maranya selepas bedah siasat dilakukan.

Tiada aduan dibuat setakat ini berhubung pembunuhan haiwan itu. K Online

Unta mati dibelasah selepas kunyah kepala pemilik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker