Mahkamah tolak bantahan awal peguam Najib

Mahkamah tolak bantahan awal peguam Najib

Mahkamah Persekutuan menolak bantahan awal oleh pasukan peguam Najib Razak untuk mengetepikan hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais daripada menjadi sebahagian daripada panel yang mendengar semakan kes SRC bekas perdana menteri itu.

Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli membacakan keputusan sebulat suara membenarkan Abu Bakar menjadi sebahagian daripada panel yang hadir.

“Kami tidak diyakinkan bahawa Abu Bakar Jais harus menarik diri daripada mendengar permohonan semakan ini.



“Undang-undang adalah jelas bahawa Ketua Hakim Negara diberi kuasa budi bicara untuk membolehkan hakim Mahkamah Rayuan bersidang di mahkamah persekutuan (bangku simpanan) demi kepentingan keadilan mengikut Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah kemudiannya memulakan penghujahan lisan berhubung semakan terhadap sabitan SRC dan hukuman terhadap Najib.

Ketua pasukan pembelaan Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah pihaknya memerlukan masa tambahan selama tiga hari untuk membolehkan mereka mengemukakan hujah semakan.

Kata Shafee ketika ini sudah separuh hari berlalu dan bertanya jika para hakim di Mahkamah Persekutuan itu boleh memberikan masa tambahan tersebut.



Bagaimanapun, hakim mengingatkan peguam terbabit bahawa masih ada setengah hari lagi pada hari ini untuk pasukan pembelaan mengemukakan hujah.

Shafee kemudian menyambung hujahnya.

Mahkamah tolak bantahan awal peguam Najib

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker