Keputusan Johari boleh dicabar di mahkamah

Keputusan Johari boleh dicabar di mahkamah

Timbul persoalan sama ada Bersatu boleh mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang membenarkan empat bekas Ahli Parlimen Bersatu di Sabah mengekalkan kerusi mereka.

Ia susulan Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah”.

Bagaimanapun, peguam veteran Mohamed Haniff Khatri Abdulla yakin Bersatu masih berpeluang membawa perkara itu ke mahkamah.



Ini kerana, katanya, perkataan perkara 63(1) serta hakikat bahawa tafsiran perlembagaan akhirnya terletak di tangan badan kehakiman.

“Persoalannya ialah, adakah keputusan speaker merupakan prosiding Dewan Rakyat?

“Sekarang, jangan lupa bahawa ia adalah pindaan perlembagaan yang membawa masuk perkara 49(A), yang mengatakan bahawa badan penentu yang memutuskan sama ada kerusi itu kosong atau tidak ialah speaker.

“Jadi, pada pendapat saya, itu adalah fungsi yang diberikan perlembagaan kepada speaker, bukan dalam prosiding parlimen.



“Dan apabila (speaker) membuat keputusan itu, ia tidak muktamad kerana itu bergantung kepada tafsiran mereka terhadap peruntukan perlembagaan dan mahkamah adalah satu-satunya badan yang diberi kuasa untuk mentafsir perlembagaan,” kata Haniff.

Katanya, walaupun melibatkan Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan, dia percaya mahkamah perlu memutuskan sama ada peruntukan itu berkuat kuasa dalam kes berkenaan.

Jika tidak, katanya, mahkamah kemudian perlu menentukan sama ada tafsiran Johari terhadap versi pindaan perlembagaan itu betul atau sebaliknya.

Haniff berpendapat keputusan Johari sama ada empat bekas Ahli Parlimen Bersatu itu perlu mengosongkan kerusi mereka atau tidak adalah lebih kepada fungsi “pentadbiran”, dan bukannya sebahagian daripada ketetapan yang dibuat dalam prosiding parlimen.



“Ia adalah keputusan yang dibuat oleh speaker, tetapi dalam kata sebenar, di luar parlimen. Ia adalah fungsi pentadbiran dan seperti mana-mana fungsi pentadbiran lain, sebarang agensi atau menteri, adakah ia tidak tertakluk kepada semakan kehakiman di mahkamah undang-undang?

“Jadi, sama seperti itu, apabila perlembagaan meletakkan fungsi kepada speaker untuk memutuskan sama ada ia kosong atau tidak, keputusan itu mesti diteliti dan boleh diperiksa di mahkamah.

“Pada pendapat saya, perkara 63(1) tidak terpakai. Jadi, saya rasa Bersatu dan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin boleh bawa ke mahkamah,” kata Haniff.

Pada 17 Jan, Muhyiddin berkata Bersatu akan mengambil tindakan undang-undang berhubung keputusan Johari melibatkan empat bekas Ahli Parlimen Bersatu dari Sabah itu.

Muhyiddin berkata Johari telah terkhilaf dalam tafsiran undang-undang dan fakta dalam membuat keputusan itu.

Johari bagaimanapun berkata, keputusannya mengenai perkara ini adalah muktamad kerana beliau telah memberikan semua justifikasi dan alasan bagi keputusan tersebut dalam surat bertarikh 16 Jan yang dihantarnya kepada Bersatu.

Bagaimanapun, tambah Johari, Bersatu berhak merujuk perkara itu kepada mahkamah jika mereka mahu.

Empat ahli parlimen terbabit ialah Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang). Mk

Keputusan Johari boleh dicabar di mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker