Ismail gesa ahli bangkit suarakan bantahan
Ismail gesa ahli bangkit suarakan bantahan
Ahli Umno yang tidak bersetuju dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 termasuk usul tambahan mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden yang tidak dipertandingkan, berhak bersuara dan mengemukakan bantahan.
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata, usul yang dikemukakan dan diluluskan semasa PAU itu tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan parti.
“Saya sebagai (AMT) sudah tentu tidak akan mengambil tindakan tetapi mana-mana ahli berhak berbuat demikian dan terserah kepada mereka.
“Bukan bawa ke mahkamah sebaliknya ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Keputusan parti tidak boleh dicabar di peringkat mahkamah kerana tertakluk kepada Seksyen 18C Akta Persatuan di mana keputusan membabitkan parti adalah muktamad,” katanya menurut Sinar Harian.
Menurutnya, pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan sebagaimana disebut dengan jelas dalam perlembagaan parti.
“Walaupun PAU merupakan tertinggi dalam parti tetapi, apa dilakukan dalam PAU tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti.
“Seperti di Parlimen, walaupun kita boleh gubal akta tetapi ia tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika bertentangan ia tidak boleh dilaksanakan,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail berkata, tindakan menyekat ahli bersuara akan mendapat respons tidak baik daripada golongan muda yang kritis.
“Tindakan menyekat itu jelas apabila wakil pelajar daripada kelab Umno luar negara yang memberi kritikan di Twitter telah dihalang berucap. Ini memberi tanggapan buruk dalam kalangan orang muda terutama melibatkan pelajar.
“Seolah-olah kita tidak boleh ditegur, kalau tidak akan dikenakan tindakan. Dalam parti sudah jelas, siapa tegur akan dipecat atau digantung,” katanya.
Sabtu lalu, PAU meluluskan usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan menerusi pungutan suara.
Ini bermakna jawatan Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden dan timbalannya, Mohamad Hasan tidak akan dipertandingkan, pada pemilihan yang perlu dibuat sebelum 19 Mei. FMT
Ismail gesa ahli bangkit suarakan bantahan
Baca Artikel Menarik:
- Samun RM100,000: Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring
- Perdana Menteri kata sistem isytihar harta SPRM sebelum ini adalah ‘lawak’
- Ada lelaki nikah isteri orang, wali tiada tauliah
- Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tak apa…
- Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok
- Kalau Syamsul tak mahu cerai, Puteri Sarah ada jalan lain
- Shahidan lupa, dia dulu pun nak jadi MB seumur hidup
- Keputusan PAU 2023 melibatkan kedudukan Zahid, Ini komen Anwar
- ‘Langgar’ PH di PRN, penganalisis beritahu MCA, MIC
- Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak
- Sami bunuh diri kerana cemburu selepas jatuh cinta pada cucu sendiri
- Gaya Penampilan Neelofa Di Sebuah Majlis Jadi Pertikaian
- Warga tempatan mengamuk, Bangladesh buat rumah sebagai tempat sembelih ayam dan kolam ikan keli [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk
Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot
Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…