Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan
SEPANG: Suasana hiba menyelubungi balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila tiga mangsa penipuan di Myanmar disambut keluarga sebaik tiba di negara ini selepas berjaya diselamatkan.
Mereka terdiri daripada seorang lelaki Cina dan dua orang Melayu masing-masing remaja perempuan berusia 19 tahun dan seorang lelaki itu bertolak dari Bangkok, Thailand diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dengan menaiki pesawat Thai Airways penerbangan TG415.
Salah seorangnya yang mahu dikenali sebagai Safinas dalam nada terharu berkata, azab dikerah bekerja sebagai penipu atau scammer di Myanmar selama tiga bulan amat perit.
“Ada lagi 16 warga Malaysia dalam kumpulan saya dan kami dipaksa tugas dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah malam sejak awal Oktober tahun lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Gadis berasal dari Johor itu ternyata kesal kerana mengabai nasihat ibu saudaranya yang menjaga dia dan seorang adik perempuannya setelah kematian ibu bapa dua tahun lalu.
Kumpulan itu diselamatkan ADUN tersebut dengan dibantu seorang ahli perniagaan Malaysia di Thailand, Victor Wong serta mendapat kerjasama kerajaan Terengganu dan Pahang
Misi berkenaan turut sepatutnya membawa pulang lima orang kesemuanya, namun dua mangsa lagi masih berada di Bangkok kerana masalah teknikal melibatkan dokumentasi perjalanan.
Menceritakan lebih lanjut, Safinas berkata, mereka diseludup masuk menerusi laluan tikus di Golok dari Kelantan sebelum dibawa ke Myawaddy, Myanmar dari sempadan Thailand.
Dari situ, mangsa kemudian dibawa pula ke KK Garden di negeri Shan yang terletak 650 kilometer atau 18 jam berkereta dari sempadan sebelum dipecahkan mengikut kumpulan.
“Jika gagal capai sasaran jualan 3,000 yuan (hampir RM2,000) semua ahli kumpulan akan didenda dengan ada dihukum makan daging babi manakala perempuan dirogol,” katanya.
Sementara itu, seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Hafis, 26, dari Terengganu berkata, dia terpedaya dengan tawaran kerja gaji lumayan disiarkan melalui laman sosial.
Ketika itu dia bertugas di Johor dan dijanjikan akan bekerja sebagai broker urus niaga mata wang asing atau forex di Thailand dengan pendapatan lebih RM4,000 setiap bulan.
Malangnya, setelah sampai di negara jiran itu dan dibawa menaiki kereta ke Myanmar, dia berasa tidak sedap hati serta teringat kisah mangsa penipuan pekerjaan di KK Garden.
Walau bagaimanapun, dia bersyukur apabila dapat menghubungi keluarganya awal bulan ini dan meminta mereka segera membuat laporan polis selain mohon bantuan kerajaan.
Ibunya yang terkejut selepas tiga bulan terputus gagal menghubunginya terus bergegas mendapatkan pertolongan daripada Chon Siang hasil maklumat menerusi media sosial.
“Kami diselamatkan oleh beberapa askar Thailand yang datang ke KK Garden selepas sesi rundingan oleh Victor berjaya sebelum dibawa ke Bangkok dua minggu lalu,” jelasnya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Samun RM100,000: Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring
- Perdana Menteri kata sistem isytihar harta SPRM sebelum ini adalah ‘lawak’
- Ada lelaki nikah isteri orang, wali tiada tauliah
- Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tak apa…
- Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok
- Kalau Syamsul tak mahu cerai, Puteri Sarah ada jalan lain
- Shahidan lupa, dia dulu pun nak jadi MB seumur hidup
- Keputusan PAU 2023 melibatkan kedudukan Zahid, Ini komen Anwar
- ‘Langgar’ PH di PRN, penganalisis beritahu MCA, MIC
- Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak
- Sami bunuh diri kerana cemburu selepas jatuh cinta pada cucu sendiri
- Gaya Penampilan Neelofa Di Sebuah Majlis Jadi Pertikaian
- Warga tempatan mengamuk, Bangladesh buat rumah sebagai tempat sembelih ayam dan kolam ikan keli [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk
Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot
Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…