UMNO senasib Golkar atau Parti Konservatif?
UMNO kini boleh dianggap senasib Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun, Parti Golkar Indonesia dan Parti Kongres India kerana gagal bangkit semula selepas mengalami dua episod kekalahan pilihan raya sehingga terpaksa menumpang kepada parti lain untuk menjadi kerajaan.
LDP, Golkar dan Parti Kongres India sehingga kini gagal meraih sebarang kemenangan dalam beberapa siri pilihan raya meskipun mereka sebelum ini menjadi parti pemerintah untuk beberapa dekad.
Jika melihat rekod UMNO sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), penguasaan kerusi Parlimen semakin merosot sehinggalah PRU14 setelah buat pertama kalinya parti itu tewas dan menjadi pembangkang serta keadaan itu berterusan sehingga PRU15.
PERANAN
Meskipun UMNO diberikan peranan membentuk kerajaan perpaduan, pada hakikatnya kehadiran mereka dilihat kecil dan sekadar menumpang di atas tuah kemenangan parti lawan.
Namun, UMNO boleh senasib Parti Konservatif United Kingdom (UK) yang bangkit semula selepas kecundang beberapa kali kepada Parti Buruh setelah melakukan beberapa perubahan dan menawarkan manifesto baharu kepada pengundi.
Justeru, jika UMNO ingin mengikuti jejak langkah Konservatif UK, parti itu perlu melakukan beberapa perubahan termasuk membersihkan imej parti korup dan kaki sakau yang menghantui mereka.
“Perkara itu menjadi faktor kekalahan PRU15 sehingga menyebabkan bukan sahaja tewas kerusi kubu kuat, sebaliknya hilang negeri dikuasai sejak 60 tahun lalu.
“Sedangkan calon-calon diketengahkan bukan calang-calang orang, sebut sahaja orang muda, golongan profesional malah dikenali pengundi, akhirnya kecundang kepada calon parti lawan yang baharu turun berkempen selama dua minggu,’’ kata seorang pemimpin tertinggi UMNO.
Katanya, tidak masuk akal apabila seorang calon UMNO yang rajin turun padang dan kerap buat kerja rakyat tapi tewas dengan majoriti besar.
“Bagaimana, calon parti lawan ini datang tunjuk muka dua minggu sahaja tapi menang dan memperoleh majoriti besar. Saya pun kadangkala terfikir bagaimana boleh menang dan tidak masuk akal, tetapi dalam politik ini tiada istilah tidak masuk akal,” katanya.
HAKIKAT
Justeru, katanya, UMNO kena terima hakikat bahawa mereka kini tidak diterima dan mesti mencari punca utama masalah itu berlaku.
“Kita mesti duduk bersama mencari punca walaupun amat perit untuk dicakap,” jelasnya.
Bagi seorang pemimpin Bahagian UMNO pula berpandangan, UMNO perlu melakukan pembaharuan bukan sahaja membabitkan konteks pembawaan tetapi juga pertukaran kepimpinan itu sendiri.
Dia melihat pemilihan parti perlu disegerakan di samping semua jawatan parti dipertandingkan agar muka baharu dapat mengisi tampuk kepemimpinan sekali gus berupaya mengetengahkan nafas baharu kepada UMNO apatah lagi untuk mendepani enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada pertengahan tahun ini dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.