DAP terus menyerang, dakwa Zahid beban UMNO dan Kerajaan Perpaduan
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy berkata Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi duri dalam daging kepada Umno dan kerajaan perpaduan selagi beliau kekal sebagai presiden parti itu.
Ia susulan perhimpunan agung Umno semalam yang meluluskan usul untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti, yang mesti diadakan sebelum 19 Mei.
“Zahid mungkin tidak terjejas buat masa ini, tetapi dia seolah-olah menjadi ‘beban’ kepada Umno dan sedikit sebanyak kepada Pakatan Harapan (PH) atau kerajaan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dilaporkan Umno berbelah bahagi sama ada pertandingan untuk dua jawatan teratas perlu diadakan, dengan ada yang mengatakan ia berisiko memecahbelahkan parti dan yang lain berkata bahawa ia akan membolehkan Zahid dan timbalannya, Mohamad Hasan membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan akar umbi.
Timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata Umno tidak boleh diremajakan tanpa membersihkan imejnya yang “dicemari rasuah” terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Zahid nampaknya “pemimpin paling tercemar”.
Bagaimanapun katanya, kerajaan perpaduan mungkin telah mengelak krisis politik serta-merta dengan keputusan Umno untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya.
“Sakit kepala Perdana Menteri Anwar Ibrahim mungkin hilang buat sementara waktu,” kata Ramasamy merujuk kepada hakikat bahawa ia akan memastikan sokongan berterusan Umno terhadap pentadbirannya.
ADUN Perai itu berkata cabaran sebenar PH dan Umno kini ialah bagaimana untuk meningkatkan sokongan daripada kalangan pengundi Melayu pada pilihan raya negeri akan datang.
“Lebih baik Umno berpihak kepada PH daripada tidak ada apa-apa,” katanya.
Enam negeri yang ditadbir PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dan negeri pimpinan PAS, Kedah, Kelantan dan Terengganu, akan mengadakan pilihan raya negeri tahun ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajah cantik, nasi lemak laku keras
You must be logged in to post a comment.