Bapa pukul, ugut tetak anak kandung diberkas
PETALING JAYA – Berang anak perempuannya bermain telefon hingga lewat malam, seorang bapa bertindak memukul dan mengugut untuk menetak mangsa dengan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah di Lembah Subang pada Jumaat.
Bagaimanapun tindakan lelaki berumur 56 tahun itu membawa padah apabila suspek diberkas pada hari sama oleh sepasukan anggota polis yang menyerbu lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 1.18 petang.
“Siasatan awal dijalankan mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu restoran bertindak mengugut anaknya dengan menggunakan sebilah parang pemotong daging.
“Suspek juga sebelum itu bertindak memukul mangsa berumur 15 tahun itu dengan menggunakan tali pinggang,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, hasil laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kira-kira jam 10.30 malam bagi memberkas suspek.
“Polis turut merampas parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian dan suspek kemudiannya direman empat hari untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001,” jelasnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.