Umno tewas kerana PRU15 diadakan lewat, ada isu ‘tiada telur’

Umno tewas kerana PRU15 diadakan lewat, ada isu ‘tiada telur’

Umno menerima nasib malang pada tahun lalu kerana pilihan raya umum (PRU) diadakan lewat iaitu ketika negara berdepan dengan masalah “telur”.

Perwakilan Kelantan, Zawawi Othman, berkata sepatutnya PRU ke-15 itu diadakan lebih awal atau bersekali dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Berucap ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, Zawawi berkata dalam keadaan negara mengalami masalah telur, orang ramai khususnya pengundi tidak suka kepada Umno.

“Kita silap kerana sepatutnya kita adakan PRU awal lagi, (sebaliknya) kita adakan pilihan raya ketika harga ayam dah naik… harga barang dah naik.

“Kita buat PRU semasa ‘tidak ada telur’ sebab itu kita tewas. Telur naik orang tak suka, yang orang suka ‘barang naik’,” katanya secara berseloroh.

Zawawi yang juga ketua Umno Pasir Puteh berkata, jika PRU ke-15 diadakan lebih awal daripada 19 Nov tahun lalu, dia yakin Umno tidak akan menerima nasib seperti mana hari ini.

Katanya, Umno dan BN mungkin menjadi parti dominan semula jika PRU ke-15 tidak lewat dilangsungkan.

“Kalau kita adakan PRU pada April atau bersama (PRN) Johor, (Umno) tak akan sedemikian rupa, kita akan jadi kerajaan yang dominan,” katanya lagi.

Untuk rekod gesaan agar PRU diadakan segera mula disuarakan kepemimpinan tertinggi Umno sejak awal namun kerajaan – yang dipimpin Ismail Sabri Yaakob – agak keberatan.

Ia turut tidak disenangi Perikatan Nasional (PN) yang ketika itu memberikan sokongan kepada Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri. Ahli parlimen Bera itu merupakan salah seorang naib presiden Umno.

Dalam pada itu, Zawawi menyifatkan PAS dan Bersatu sebagai ‘perogol’ apabila mengkritik Umno kerana bekerjasama dengan DAP.

Sedangkan katanya kedua-dua parti terbabit terlebih dulu telah menjalinkan kerjasama dengan parti sekutu Pakatan Harapan (PH) itu.

“Hari ini kita tak kata DAP baik, sejahat-jahat DAP, PAS cium mulut lama dah. Bila kita dok sekali (bersama DAP) cakap (DAP) jahat.

“Dia (PAS, Bersatu) tak pernah kahwin (DAP), dia adalah ‘perogol’, nasib baiklah kita bawah umur, Umno sudah tua,” katanya. Mk

Umno tewas kerana PRU15 diadakan lewat, ada isu ‘tiada telur’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker