Sesi permukiman PM bersama Jemaah Menteri di lokasi rahsia esok
Sesi permukiman PM bersama Jemaah Menteri di lokasi rahsia esok
Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi permukiman bersama barisan Jemaah Menteri, esok, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata sesi permukiman yang berlangsung di lokasi dirahsiakan itu antara lain bagi membincangkan soal hala tuju dan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian.
“Permukiman ini tepat pada masanya kerana dalam tempoh beberapa bulan ini, menteri-menteri sudah mengenali kementerian mereka dan mempunyai kefahaman terhadap kementerian, dan ini penting untuk hala tuju kerajaan perpaduan itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.
Sebelum ini, Anwar dilapor berkata satu program permukiman akan diadakan untuk Jemaah Menteri bagi menetapkan KPI setiap kementerian selain bertujuan mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki.
Sementara itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata gabungan itu memberi keutamaan kepada pembentukan sikap dan dasar bersama parti lain di dalam kerajaan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.
Beliau berkata perjanjian persefahaman kerjasama antara parti-parti di dalam kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan boleh memberi gambaran dan bayangan modus operandi dalam mewujudkan hubungan antara parti-parti yang membentuk kerajaan di peringkat negeri.
“Kita sudah tubuh kerajaan perpaduan di Perak dan Pahang, tetapi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan Melaka belum ada. Jadi saya percaya ritma di peringkat persekutuan ini, perbincangan ini akan diteruskan di peringkat negeri,” katanya.
Bagaimanapun katanya keputusan mengenai kerjasama politik di peringkat negeri itu akan diputuskan Majlis Presiden PH.
Mengenai strategi menghadapi PRN di enam negeri berkenaan, Fahmi berkata langkah berbeza pastinya akan diambil antara negeri yang ditadbir parti dalam kerajaan perpaduan dan negeri di bawah pembangkang.
Enam negeri yang terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. FMT
Sesi permukiman PM bersama Jemaah Menteri di lokasi rahsia esok
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.