Isham mahu KJ mohon maaf atas dakwaan ada ‘perwakilan import’
Isham mahu KJ mohon maaf atas dakwaan ada ‘perwakilan import’
Ketua Penerangan Umno Isham Jalil menyangkal dakwaan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa “perwakilan import” akan dibawa masuk bagi menyokong usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Beliau menganggap dakwaan Khairy sebagai fitnah dan meminta bekas menteri kesihatan itu memohon maaf kepada semua perwakilan Umno dan petugas yang hadir.
“Dakwaan Khairy ini tidak benar. Saya ada di dalam Dewan Merdeka sekarang, tidak ada perwakilan import seperti dituduh atau difitnah beliau.
“Saya saran dengan segala hormatnya supaya Khairy datang sendiri ke Dewan Merdeka sekarang dan tunjuk mana satu perwakilan import yang didakwanya tersebut.
“Jika tidak, saya harap Khairy dapat meminta maaf kepada semua perwakilan Umno di sini kerana menuduh mereka diimport, dan minta maaf kepada pemeriksa pas dan skuad sabil Pemuda kerana memfitnah mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab, ” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Megat Zulkarnain Omardin menyifatkan tuduhan bekas ketua Pemuda Umno itu sebagai kenyataan yang memalukan dan tidak matang.
Menurutnya, tuduhan berlaku penipuan itu bukan satu perkara baharu menjelang pengundian dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 petang ini.
“Saya fikir ini satu kenyataan cukup memalukan daripada seorang individu yang pernah menjadi pemimpin Pemuda dan saya fikir ini satu kenyataan yang tidak menggambarkan kematangan dalam kita berpolitik, (sepatutnya) tak boleh sebut dalam perhimpunan agung yang patutnya kita angkat darjat.
“Saya fikir semua orang kenal (perwakilan) yang duduk dalam kerusi itu, kita kenal perwakilan negeri, melainkan tidak pernah turun bahagian dan santuni kepimpinan peringkat akar umbi, sampai kita tak kenal akar umbi.
“Macam saya 22 bahagian di Selangor, saya kenal semua dan bahagian lain daripada seluruh Malaysia, jadi tak timbul soal tidak ada perwakilan yang tidak betul masuk dalam dewan,” katanya kepada pemberita di laman media Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, beliau meminta Khairy bersikap lebih profesional dan menghormati apa saja keputusan perwakilan.
“Saya fikir ‘lets be professional’, mesti terima keputusan perwakilan. Jangan bila keputusan itu dilihat memihak kepada kita, kita kata itu yang betul, tetapi jika sebaliknya (kata) ini ada tidak jujur berlaku,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Khairy mendakwa beberapa tanda nama dikhaskan untuk perwakilan Umno pada kerusi dalam Dewan Merdeka ditanggalkan untuk undian usul pada petang ini sempena Perhimpunan Agung Umno.
Menerusi satu video di akaun TikTok, beliau berkata tindakan itu dipercayai bagi membolehkan “perwakilan import” dibawa masuk untuk sorak dan “bulldoze” usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan. FMT
Isham mahu KJ mohon maaf atas dakwaan ada ‘perwakilan import’
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajah cantik, nasi lemak laku keras
You must be logged in to post a comment.