Bukan reset UMNO tapi reset Pemimpin, umum tarikh bila pertandingan dibuka – Johari Ghani

PETALING JAYA: Umno tidak mempunyai undang-undang yang menetapkan mana-mana ahli ingin bertanding pada pemilihan parti perlu membuat pemberitahuan awal, kata Johari Ghani.

Sewajarnya, kata pengerusi Umno Wilayah Persekutuan itu, tarikh pertandingan perlu diumumkan terlebih dahulu.

“Beritahu lah tarikh bila, kemudian kita (ahli berminat) datang isi borang,” katanya.



“Jawatan yang ada banyak: presiden, timbalan, naib, selepas itu ahli majlis tertinggi. Buka borang, buka tarikh, jadi orang boleh buat keputusan.”

Johari berkata demikian dalam temubual Malaysia Gazette, “Bukan reset Umno tapi reset pemimpin” malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, dan Ketua Penerangan, Isham Jalil, yang diajukan pewawancara.

Ahmad pada Rabu berkata Perhimpunan Agung 2022 yang akan berakhir esok tidak akan memuktamadkan tarikh bagi pemilihan, kerana Umno masih mempunyai tempoh beberapa minggu lagi untuk berbuat demikian.



Umno sebelum ini memohon kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas PRU15. Segala pemilihan hendaklah selesai sebelum 19 Mei.

Manakala Isham mencadangkan ahli yang mahu bertanding lima jawatan tertinggi Umno membuat pengumuman secara terbuka.

Johari berkata parti kena tetapkan bila pertandingan diadakan untuk tahu siapa yang berminat.

“Kalau tarikh nak bertanding ni tidak ada, bagaimana kita nak buat keputusan?” katanya.



Ditanya adakah beliau akan bertanding pada pemilihan kali ini dan apa strateginya, Johari sekadar menjawab: “Letak tarikh dulu. Bila letak tarikh, kita cerita kemudian.”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul



Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker