Sorakan ‘boo’ tak kuat, lebih ramai sokong usul tak pertanding ‘top 2′ – perwakilan

Sorakan ‘boo’ tak kuat, lebih ramai sokong usul tak pertanding ‘top 2′ – perwakilan

Sorakan ‘boo’ ketika Umno Negeri Sembilan mencadangkan usul tidak pertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti pada pemilihan Mei ini tidak kuat, kerana lebih ramai yang menyokong, dedah perwakilan.

Fahami Ashrof Badaruddin dari Umno Tanjong, Pulau Pinang berkata hanya segelintir perwakilan mengebu usul itu pada sidang petang tadi.



“Ada terdengar sorakan boo tetapi tidak jelas dan tidak kuat. Ini kerana lebih ramai menyokong dari boo,” katanya kepada FMT.

Seorang wakil dari Umno bahagian di Perak, yang tidak mahu dinamakan, berkata sorakan ‘boo’ petang tadi tidak bererti usul itu sudah ditolak.

“Ada pembahas lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Puad Zarkashi, memaklumkan bahawa perwakilan dari Wanita, Selangor, dan Pulau Pinang juga menyokong usul tidak pertandingkan jawatan “top two” Umno itu.



“Tiada sorakan ‘boo’,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Hafif Abdul Kamal, dari Umno Tanjung Piai, Johor berkata beliau tidak menyokong usul tidak pertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Beliau khuatir parti akan berpecah jika dua jawatan utama itu tidak dipertandingkan.

“Masa ini tidak sesuai jika jawatan itu tidak dipertandingkan,” katanya.
FMT



Sorakan ‘boo’ tak kuat, lebih ramai sokong usul tak pertanding ‘top 2′ – perwakilan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker