MB Terengganu, Exco ‘boikot’ lawatan kerja PM?
MB Terengganu, Exco ‘boikot’ lawatan kerja PM?
Pakatan Harapan Terengganu menganggap Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar dan Exco memboikot Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana tidak ada alasan berasas mewajarkan ketiadaan mereka ketika lawatan kerja ketua kerajaan pusat itu.
Ketua Penerangan Mohd Sufian Mat Ali menolak alasan tiada makluman rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri kerana setiausaha kerajaan negeri sendiri, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, hadir menyambut Anwar.
“Menteri besar dan Exco perlu muhasabah dan perbaiki profesionalisme mereka bagi kepentingan negeri berbanding politik mereka,” katanya dalam kenyataan.
Selepas lawatan kerja yang antara lain menyaksikan Anwar menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin, perdana menteri mengumumkan pertemuan dengan kerajaan negeri akan dibuat selepas “suhu politik dileraikan”.
Sultan Terengganu telah diberitahu mengenai perkara itu, yang tidak dijelaskan dalam kenyataan perdana menteri. Anwar berikrar setiap negeri akan diberi layanan setara dan saksama.
PH Terengganu membandingkan tindakan menteri besar Terengganu dan exconya dengan pemimpin Kelantan, yang sekalipun tidak membelakangi perdana menteri. Terengganu dan Kelantan masing-masing ditadbir PAS.
“Hubungan antara kerajaan negeri dan pusat seharusnya dilangsung dengan baik demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri,” kata Sufian. FMT
MB Terengganu, Exco ‘boikot’ lawatan kerja PM?
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.