Biar perwakilan tentu pemilihan jawatan presiden, timbalan – Zahid
Biar perwakilan tentu pemilihan jawatan presiden, timbalan – Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ahli parti mampu menilai antara kaca dan permata dalam memilih barisan kepemimpinan baharu pada proses pemilihan parti kelak.
Berucap menyampaikan Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, beliau juga menyahut supaya proses demokrasi dalam parti mesti disuburkan.
“Saya mendengar lontaran-lontaran pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya jawatan utama Presiden dan Timbalan Presiden parti. Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan dan tidak kurang juga yang mahu ia dipertandingkan.
“Sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya. Namun, saya yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata. Yang mana pepat di luar, rencong di dalam. Bak kata orang muda, yang mana ‘ori’ (tulen) yang mana ‘fake’ (palsu),” katanya.
Dalam ucapan sama, beliau juga menafikan tuduhan kononnya dalam soal pemilihan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, presiden sudah bertindak secara bersendirian.
“Daripada 119 calon UMNO, hanya enam sahaja yang bertukar di saat akhir atas beberapa pertimbangan. Bakinya 113, adalah hasil rundingan dengan Pengerusi Perhubungan Negeri bersama ‘Top Five’ (lima kepimpinan tertinggi).
“Saya sebutkan dua perkara utama ini, kerana ia secara sendirinya boleh meleraikan segala nista dan cacian yang dilemparkan kepada parti, khususnya terhadap saya secara peribadi.
“Apakah dengan usaha yang membabitkan semua struktur kepimpinan parti, boleh dijadikan alasan kononnya saya mengecilkan peluang kemenangan?.
“Apakah dengan menampilkan muka-muka baharu, sebagai satu proses pembaharuan dalaman parti juga, adalah satu langkah mengecilkan peluang kemenangan? Atau apakah mengurangkan persepsi UMNO adalah parti ‘warlord’ juga boleh ditafsir sebagai langkah mengecilkan peluang kemenangan parti?” katanya.
Beliau berkata, jika mengandaikan kesilapan percaturan menyebabkan ramai muka baharu tewas pada PRU-15, hakikat sebenarnya muka lama dengan nama besar juga tewas.
“Saya sendiri ditentang oleh tokoh dari PKR di (Parlimen) Bagan Datuk. Apakah ini bermakna, saya ada perjanjian sulit dengan Pakatan Harapan (PH)?
“Apakah saya sendiri mahu mengecilkan peluang kemenangan saya di Bagan Datuk? Saya kira dengan iman yang ada, tepuk dada tanya iman,” katanya. BH
Biar perwakilan tentu pemilihan jawatan presiden, timbalan – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Jika saya menang sebagai Presiden UMNO, saya tetap sokong Anwar – KJ
- Shopee tegas tamatkan khidmat rider ‘melucah’
- Berang duit tak keluar, mesin ATM makan penumbuk di Port Dickson
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin
Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu
Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis