Pencerca lupa, UMNO letak mereka di persada kuasa

Pencerca lupa, UMNO letak mereka di persada kuasa

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Nor Sabrina Sukardi melahirkan perasaan sedih apabila melihat UMNO dicerca dan terus diperlekehkan.

Beliau berkata, mereka yang mencerca UMNO itu bagaikan lupa yang parti telah meletakkan mereka di persada kuasa ketika ini.



Menurutnya, lebih tujuh dekad UMNO menapak di negara ini dan banyak pembangunan telah dicapai.

“UMNO ini dicerca dan dihina dengan pelbagai perumpaan, seolah-olah parti ini tidak pernah berjasa pada negara. Mereka yang mencerca UMNO ini bagaikan lupa bahawa parti ini yang meletakkan mereka itu di persada kuasa,” katanya pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO, di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini hari ini.

Nor Sabrina yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Libaran berkata, semua yang berlaku pada UMNO harus dijadikan sempadan dan tidak boleh merintih berpanjangan.

“Kita perlu bangkit semula menyingsing lengan, rakyat sudah mula menzahirkan penyesalan melalui mahalnya pengalaman. Kerajaan yang diharapkan hanyalah khayalan, bersilih ganti kerajaan kerana kecelaruan bukan rakyat diutamakan sebaliknya ketamakan kuasa dan jawatan,” katanya.



Dalam pada itu, Nor Sabrina yang merupakan penyokong usul ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata, dukungan dan sokongan pucuk pimpinan parti kepada jemaah menteri UMNO akan dibuktikan bahawa parti itu adalah satu-satunya parti yang terbukti menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air serta kebajikan rakyat.

“Kita telah melalui beberapa episod gelombang politik, kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU 14 dan 15) menjadi satu hentaman kuat yang menggegarkan UMNO.

“Parti ini menghadapi hilangnya keyakinan rakyat dan tindakan segelintir daripada ahli parti mengkhianati amanah rakyat dengan menjadi ‘juara lompat jauh’ telah menambahkan lagi luka yang dialami,” tambahnya. MG

Pencerca lupa, UMNO letak mereka di persada kuasa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker