Muhammad Nama Kedua Paling Popular Untuk Bayi Di Netherlands
Muhammad Nama Kedua Paling Popular Untuk Bayi Di Netherlands
Pemilihan nama untuk bayi menjadi antara tugasan yang sukar untuk mak ayah. Maklumlah, nak pilih nama yang memberi maksud yang baik kepada anak sendiri memerlukan pembacaan dan carian yang mendalam supaya tidak tersalah pilih. Namun, sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam akan memilih nama anak lelaki bermula dengan Muhammad sempena nama Rasulullah SAW bukan?
Baru-baru ini dalam satu perkongsian di laman web TRT World memaparkan informasi bahawa pemilihan nama untuk bayi baru lahir kedua paling popular di Netherlands adalah ‘Muhammad’.
Mungkin ramai yang terkejut apabila nama Islam seperti Muhammad menjadi pilihan bagi rakyat negara Netherlands yang mungkin ramai menganggap sebagai negara yang dihuni oleh orang bukan beragama Islam. Berdasarkan data dari Dutch Social Insurance Bank (SVB), selain Muhammad, nama yang menjadi pilihan tertinggi juga adalah ‘Noah’ dan ‘Emma’ untuk bayi perempuan.
Walaupun ada pelbagai jenis ejaan, namun pilihan ejaan nama untuk Muhammad berada di tempat kedua untuk diberikan kepada bayi lelaki.
RUPANYA RAMAI KOMUNITI MUSLIM
Bukan tu sahaja, berdasarkan satu perkongsian ciapan di laman Twitter @callmefye, dia juga menyampaikan informasi yang ramai tidak tahu bahawa sebenarnya ramai komuniti Muslim di negara Netherlands.
Bukan itu sahaja, buat anda yang merancang untuk melancong ke Netherlands ini merupakan lokasi yang boleh dimasukkan dalam ‘bucket list’. Hal ini kerana, berdasarkan pandangan orang yang tinggal di sana, makanan halal mudah didapati dan warga tempatan yang peramah. TRT World
Muhammad Nama Kedua Paling Popular Untuk Bayi Di Netherlands
Baca Artikel Menarik:
- Jika saya menang sebagai Presiden UMNO, saya tetap sokong Anwar – KJ
- Shopee tegas tamatkan khidmat rider ‘melucah’
- Berang duit tak keluar, mesin ATM makan penumbuk di Port Dickson
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin
Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis