Naikkan harga syiling telur untuk atasi masalah bekalan, MCA beritahu kerajaan
Pengerusi Biro Pertanian MCA Ngwe Hee Sem menggesa kerajaan menaikkan harga siling untuk telur tempatan bagi menangani isu bekalan telur.
Ngwe menyifatkan langkah mengimport telur dari luar negara yang dilaksanakan ketika ini untuk memenuhi permintaan tempatan sebagai tidak praktikal.
Menurutnya, sekiranya kerajaan ingin menangani akar permasalahan bekalan telur, harga siling RM0.41 perlu diubah bagi memberi insentif kepada penternak tempatan bagi meningkatkan pengeluaran telur.
“Pada had harga tetap RM0.41 sebiji, keadaan ini menyebabkan penternak telur ayam tempatan mengaut keuntungan terlalu sedikit untuk mewajarkan pengeluaran, menyebabkan pengurangan bekalan telur.
“Sebaliknya, jika kita bergantung semata-mata kepada telur import dari India, ia hanya akan melegakan simptom, manakala petani tempatan terus menderita.
“Tambahan pula, isu kesegaran dan logistik untuk telur import juga akan menjadi cabaran yang ketara,” katanya.
Presiden MCA Wee Ka Siong sebelum ini mengkritik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu kerana didakwa mengutamakan telur ayam import berbanding keluaran tempatan.
Ini susulan tinjauan Mohamad ke ladang pengeluaran telur di Tamil Nadu, India untuk melihat sendiri proses pengeluaran telur yang diimport ke Malaysia.
Sementara itu, Ngwe menyorot bahawa Malaysia pada masa lalu merupakan salah satu daripada lima pengeksport global teratas.
Justeru, katanya, adalah tidak dapat diterima apabila negara mengimport telur semata-mata untuk memenuhi permintaan tempatan.
“Daripada mengimport telur dari luar negara yang lebih mahal, mengapa tidak membenarkan industri tempatan memenuhi permintaan sendiri, sekali gus menyediakan penyelesaian mampan yang memberi manfaat kepada pengguna dan petani?
“Sementara itu, jika kebimbangan terhadap perbelanjaan keluarga B40 menjadi punca had harga semasa, kerajaan boleh menukar bentuk bantuan kepada subsidi telur tahunan RM200,” katanya.
Pada Disember tahun lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan langkah mengimport telur dari India sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi di negara ini pada harga yang kompetitif.
Ini berikutan pengguna menghadapi kesukaran mendapatkan telur di beberapa negeri.
Harga siling telur ayam gred A, B dan C di peringkat runcit ketika ini masing-masing pada kadar 45 sen, 43 sen dan 41 sen sebiji di Semenanjung Malaysia.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fyna Jebat kini isteri Zainal Abidin Hassan
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Krisis Sabah: Bung tunggu PM campur tangan, ‘bola masih bergolek’
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’
You must be logged in to post a comment.