Krisis politik Sabah: Suhu masih ‘panas’ dan belum reda

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berusaha mendamaikan keadaan di Sabah dengan mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu.

Namun Malaysiakini difahamkan Ketua Menteri Hajiji Noor keberatan untuk berdamai dengan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dan kalangan yang menyokongnya.



Sumber dalam PH yang tahu berkenaan pergolakan yang berlaku berkata Hajiji yang merupakan pengerusi GRS juga menolak cadangan Umno agar Salleh Said Keruak dilantik sebagai menteri kewangan Sabah.

“Sukar untuk Hajiji menerima Bung kembali kerana BN Sabah menarik balik sokongan (terhadapnya),” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Anwar juga didakwa berusaha memastikan Bung dapat mengharungi pergolakan yang berlaku kerana ia boleh memberi kesan kepada peluang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan parti akan datang.

Ia seterusnya boleh memberi kesan kepada kerajaan persekutuan memandangkan majoriti yang dimiliki Anwar bergantung kepada Zahid.



Setakat ini, Anwar nampaknya berdepan tugas sukar memandangkan tempat duduk Bung di DUN, bersama-sama dua lagi Adun Umno Jafry Ariffin dan Yakub Khan, dipindahkan ke kawasan pembangkang hari ini.

Bung adalah timbalan ketua menteri dan menteri kerja raya negeri. Jafry memegang portfolio pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar manakala Yakub memegang portfolio sains, teknologi dan inovasi.

Status portfolio mereka masih belum jelas walaupun ada spekulasi mengatakan barisan kabinet baru akan diumumkan tak lama lagi.

Kerusi bagi lima Adun Umno yang mengisytiharkan sokongan kepada Hajiji pula kekal di bahagian kerajaan.



Lima Adun itu adalah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasni Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusof Yacob (Sindumin) dan Arsad Bistari (Tempasuk).

Ada khabar angin mengatakan Shahelmey akan menggantikan Bung sebagai menteri kerja raya negeri.

Jika pergolakan ini tidak dapat diselesaikan secara baik, ada kemungkinan DUN akan dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan.

PH gusar jika ini berlaku, terutama terhadap risiko ia mencetuskan kesan domino di enam negeri yang akan menjalani pilihan raya negeri.



BN Sabah dan Warisan telah menyatakan sokongan terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Anwar dan Zahid mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat di Kota Kinabalu semalam.

Hajiji bagaimanapun setakat ni masih tidak memberi sebarang responsnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur

Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker