Ketua Hakim Negara dedahkan pernah terima ancaman bunuh

PUTRAJAYA, 9 Jan — Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Man ketika sidang media pada Majlis Perasmian Pembukaan Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
–fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan beliau pernah mendapat ancaman bunuh semasa mengendalikan kes membabitkan tokoh dan personaliti tertentu.

Beliau berkata, kebiasaannya dalam setiap kes mahkamah yang diputuskan, akan ada pihak yang berpuas hati dan sebaliknya.

“Itu lazim…yang menjadi luar biasa dalam kes-kes melibatkan tokoh atau personaliti tertentu, sokongan atau kecaman agak luar biasa kerana umum mengetahui saya sendiri pun pernah mendapat ancaman bunuh.

“Serius atau tidak, itu soal lain, tapi ia mencapai tahap begitu sekali,” katanya pada majlis pembukaan Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, apabila sesuatu kes melibatkan tokoh tertentu, komen yang ditujukan kepada badan kehakiman agak keterlaluan, berat sebelah dan berbaur politik, bukannya komen membina.

Sementara itu, Tengku Maimun berkata, setiap kes yang diputuskan mahkamah tidak mempunyai sebarang agenda, sebaliknya ia berdasarkan undang-udang dan selaras peruntukan sedia ada.

“Saya mengharapkan masyarakat di luar sana memahami struktur proses undang-undang di negara ini sebelum mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan ketidakfahaman.

“Jadi, fahami dulu, kemudian jika masih tidak faham, bertanyalah kepada orang-orang yang faham dan jangan membuat kenyataan keterlaluan.”

Tahun lalu, media melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman dan ugutan terhadap Tengku Maimun di media sosial dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur

Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker