Kereta ‘melayang’ ke udara, pelumba drag maut

Kereta yang dipandu Sam Fenech melayang ke udara di litar perlumbaan Willowbank Raceway, Ipswich, semalam. – Top Fuel Championship Australia

Seorang pemandu perlumbaan drag di Australia maut selepas kereta dipandunya terbalik ketika melepasi penghadang pada kelajuan 321.86 kilometer (km) sejam, lapor akhbar The Sun semalam.

Sam Fenech, dilaporkan hilang kawalan selepas kenderaan dipandunya bergerak ke kiri sebelum ia dengan tiba-tiba melencong ke arah kanan dan melayang ke udara sehingga keluar dari litar perlumbaan.

Rakaman litar perlumbaan di Willowbank Raceway menunjukkan pemandu berprofil tinggi itu dan pesaingnya memecut pantas pada awal perlumbaan.

Namun, beberapa saat kemudian, kereta Chevrolet Camaro Fenech yang dipandu mangsa melanggar penghadang sebelum melencong ke lorong lawannya lalu melayang ke udara.

Ia kemudian terbang melepasi penghadang keselamatan dan melanggar menara kamera serta menghancurkan kereta tersebut.

Beberapa anggota paramedik bergegas untuk membantu Fenech tetapi dia cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Fenech bertanding dalam acara perlumbaan drag Nitro Tahun Baharu Willowbank ketika dia terbunuh pada pukul 6.45 petang (waktu tempatan) semalam.

Pihak Willowbank Raceway kemudian berkata, kejadian itu kini sedang disiasat. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker