Jangan Mudah Hakimi Rumah Tangga Orang Lain – Dr. Kamilin Jamilin [VIDEO]

Jangan Mudah Hakimi Rumah Tangga Orang Lain – Dr. Kamilin Jamilin [VIDEO]

Ramai masyarakat masa kini mudah untuk menghakimi hal rumah tangga orang lain sedangkan mereka tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku dalam urusan pasangan tersebut.

Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr. Kamilin Jamilin, tampil menasihati orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum masalah rumah tangga orang lain.

“Allah itu maha mengetahui apa yang ada dalam diri kamu, maka ambillah peringatan yakni Allah hendak memberi isyarat bahawa urusan pertelingkahan, masalah penceraian yang berlaku dalam rumah tangga orang lain adalah urusan peribadi mereka.

“Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui masalah yang melanda pasangan tersebut. Maka kita jangan terlalu cepat menjadi hakim dalam kisah orang lain. Serahkan urusan mereka kepada Allah dan yang berkenaan saja,” jelasnya.

Tambah beliau, kita hanya sekadar orang luar yang tidak mengetahui kisah sebenar sedangkan mereka memiliki cerita versi masing-masing.

Video tersebut seterusnya dikongsikan oleh seorang pempengaruh media sosial, @addien90s di Twitter sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Setuju. Tidak faham mengapa kita hendak menilai hal rumah tangga orang lain. Tidak mengapa jika sekadar mahu dijadikan sebagai pengajaran asalkan tidak menilai secara berlebihan,” ciap seorang pengguna, @imford_.

“Betul. Kadang, ada orang yang pintu rumah pun belum kelihatan, tapi sudah sibuk tentang tangga di rumah orang lain,” komen netizen lain, @ Amzanmz.

Hantaran video tersebut telah meraih sebanyak 41,300 jumlah tontonan dan 457 ciap semula setakat ini. –KO

Jangan Mudah Hakimi Rumah Tangga Orang Lain – Dr. Kamilin Jamilin [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker