Lelaki lemas kereta terbalik dalam parit

SABAK BERNAM – Seorang lelaki maut akibat lemas selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam parit sedalam satu meter di Jalan Sabak Bernam-Sungai Besar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa berusia 30an yang memandu Proton Preve terlibat kemalangan dengan sebuah Proton Saga dinaiki pasangan suami isteri berusia 30an.

Bagaimanapun pasangan itu terselamat walaupun kenderaan mereka turut terbabas dalam parit sama.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa dalam perjalanan ke Sungai Besar dari Sabak Bernam sebelum melanggar belakang Proton Saga dinaiki suami isteri itu.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam yang menerima panggilan kecemasan pukul 4.01 petang bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua kereta termasuk satu yang terbalik itu berada dalam parit sedalam satu meter.

“Tiga mangsa termasuk sepasang suami isteri sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam menambah, pemandu Preve itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas terperangkap dalam kereta itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker