Hajiji adalah punca kepada krisis politik di Sabah

 

 

 



KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, krisis politik yang melanda Sabah pada ketika ini adalah berpunca daripada Hajiji Noor sendiri.

Katanya, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sebelum ini telah terdesak untuk mengekalkan jawatannya sebagai ketua menteri selepas Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) gagal membentuk kerajaan di peringkat pusat selepas PRU15.

Beliau berkata, keabsahan Hajiji sebagai ketua menteri turut dipersoalkan selepas beliau keluar daripada Bersatu, baru-baru ini.

“Sebarang kenyataan daripada ketua menteri atau pengikutnya yang telah meninggalkan Bersatu untuk menenangkan hati rakyat, tidak akan menghentikan spekulasi bahawa Hajiji telah hilang kelayakan sebagai ketua menteri seperti termaktub dalam Perkara 6 (3) dibaca dengan Perkara 6 (7) Perlembagaan Sabah.



“Perlembagaan menyatakan bahawa ketua menteri hendaklah dari ketua parti yang mendapat majoriti kerusi ketika PRN16 pada 2020.

“Hajiji kini bukan ahli atau ketua kepada mana-mana parti politik selepas beliau meninggalkan Bersatu dan kenyataan beliau untuk menubuhkan parti politik baharu bukan sahaja berbentuk satu tindakan lompat parti tetapi juga mengkhianati mandat rakyat yang telah mengundi GRS yang dinaungi Bersatu, PN (Perikatan Nasional),” katanya dalam sidang media, hari ini.

Shafie berkata, GRS ditubuhkan oleh bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin pada PRN lalu bersama BN, PN dan PBS seterusnya GRS didaftarkan sebagai sebuah parti politik sebelum PRU15.

Katanya, ketika ini juga tidak dapat dipastikan samada Bersatu Sabah sebagai komponen utama GRS akan memilih untuk kekal bersama GRS.



“Seorang ketua menteri yang bersendirian tanpa sebarang kepastian sama ada dia mendapat sokongan majoriti ADUN Sabah, perlu meletak jawatan sepertimana termaktub dalam Perkara 6 (7) Perlembagaan Sabah.

“Tiada siapa yang tahu sama ada ketua menteri pada ketika ini masih mendapat kepercayaan dan sokongan majoriti dalam DUN Sabah untuk terus menerajui kerajaan negeri sebagai ketua menteri Sabah.

“Majoriti ADUN Sabah mempunyai hak untuk memilih seorang ADUN bagi dilantik ke jawatan ketua menteri dengan menghantar satu nama calon untuk diperkenankan Yang Dipertua Negeri, pada bila-bila masa,” katanya.

Pada 10 Dis lalu, Hajiji mengumumkan pemimpin Bersatu Sabah dan penyokong mereka meninggalkan parti itu namun kekal bersama GRS.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker