“Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand” – Puteri Sarah

“Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand” – Puteri Sarah

PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kecewa susulan pendedahan suaminya, Syamsul Yusof yang memadukannya dengan menikahi Ira Kazar.

Dalam masa sama, Puteri Sarah meminta Syamsul tidak memutarbelitkan situasi dengan meletakkan kesalahan di atas bahunya.



“Kalau Syaikhul and Sumayyah boleh beri kenyataan di mahkamah, beri akan kata: ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik… di mana ayah selalu tak ada kat rumah?’

“Syamsul, jangan hadapkan kebodohan awak pada saya. Jangan gunakan nama Allah untuk menampakkan awak seolah-olah malaikat di mata manusia,” tulis pelakon itu di akaun Instagramnya.

Dalam hantaran berbeza di Insta Story, Puteri Sarah juga mendakwa Syamsul sudah menikahi Ira beberapa bulan lepas.

“(Syamsul) pusingkan cerita dan letakkan kesalahan atas bahu saya?



“Tapi apa-apa pun tahniah sebab akhirnya mengaku (sudah bernikah) dan berdaftar, selepas berbulan nikah di Thailand,” katanya sambil memaklumkan akan memperincikan perkara itu dalam satu video selepas menyelesaikan tugasan.

Terdahulu, pengarah prolifik itu mengesahkan sudah menikahi Ira, yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, di Thailand.

Dia, bagaimanapun, tidak memaklumkan tarikh bilakah majlis pernikahan berlangsung.

Sepanjang tahun lalu, kontroversi rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mendapat liputan meluas media tempatan.



Puteri Sarah dalam kenyataannya pernah mendedahkan Ira sebagai punca rumah tangganya dengan Syamsul bergolak.

Syamsul dan Puteri Sarah yang bernikah pada 8 Mac 2014 dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

“Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand” – Puteri Sarah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib



Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker