Penduduk hairan warga emas dihempap pokok tumbang selesa merokok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan rumah seorang lelaki warga emas runtuh akibat dihempap sebatang pokok besar, lapor laman berita Suara.com.

Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menimpa rumah penduduk termasuk rumah Daeng Gewa, 80 yang terletak di daerah Tallo, Kota Makassar.

Penduduk yang panik segera berkumpul di rumah Daeng untuk menyelamatkannya yang tersepit di sebalik runtuhan.

Reaksi Daeng bagaimanapun menghairankan mereka apabila dia dilihat merokok ketika badannya berbaring di bawah pokok tumbang.

Sementara itu, sebilangan pasukan kecemasan berusaha mengalihkan pokok tersebut.

Dengan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda panik, dia yang berbaring membelakangi penduduk terus menghabiskan rokoknya.

Ketua Bahagian Penyelamat Balai Bomba Makassar, Safari Abustam berkata, Daeng Gewa mengalami beberapa kecederaan.

“Luka di betis kanan. Kami memindahkannya ke hospital untuk dirawat,” kata Safari.

Menurut Safari, Daeng ketika kejadian sedang berusaha menenangkan dirinya dengan merokok.

Tindakan Daeng mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mungkin dia sudah dalam tahap pasrah hidup. Apa pun masalah, bawalah dengan tenang, nak marah pun dah jadi musibah,” tulis netizen. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker