Lelaki kencing pada warga emas dalam pesawat

Gambar Hiasan

NEW DELHI – Seorang warga emas mengalami detik trauma dalam hidupnya apabila seorang penumpang mabuk membuang air kecil ke arahnya ketika menaiki penerbangan Air India dari New York ke New Delhi, lapor laman berita Wion News semalam.

Dalam kejadian pada 26 November lalu, penumpang wanita berumur dalam lingkungan 70-an itu sedang duduk di kerusi kelas perniagaan apabila seorang penumpang lelaki mabuk tiba-tiba meluru ke arahnya.

Ketika menceritakan kejadian tersebut menerusi sepucuk surat kepada Pengerusi Tata Group, N. Chandrasekaran, wanita itu berkata, sejurus selepas makan tengah hari dihidangkan dan lampu ditutup, seorang penumpang lain datang ke tempat duduknya dalam keadaan mabuk.

“Dia membuka zip seluar dan membuang air kecil ke arah saya sambil mendedahkan alat sulitnya. Pakaian, kasut dan beg saya habis terkena air kencing,” katanya.



Tambah wanita berkenaan, selepas memberitahu kru penerbangan mengenai insiden itu, mereka gagal mengambil tindakan ke atas penumpang tersebut.

Penumpang itu bahkan bebas berjalan sejurus pesawat mendarat di New Delhi.

“Kru penerbangan tidak proaktif dalam menguruskan situasi yang amat sensitif dan menimbulkan trauma,” ujarnya.

Tindakan ke atas penumpang lelaki berkenaan hanya diambil selepas wanita berkenaan menulis surat kepada pemilik syarikat penerbangan Air India tersebut.



Sehubungan itu, Air India telah mengenakan larangan selama sebulan ke atas penumpang lelaki terbabit serta membuat laporan polis ke atasnya kerana membuang air kecil ke arah wanita berumur 71 tahun dalam keadaan mabuk.

Satu jawatankuasa dalaman turut ditubuhkan bagi menyiasat dakwan mengenai kesilapan daripada pihak kru penerbangan serta kelemahan dalam menyelesaikan situasi itu dengan segera. – Agensi

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib



Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker