Jualan Proton meroket! Terbaik sejak 2013

PETALING JAYA: Syarikat pengeluar automotif nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) mencatat pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut dengan lonjakan jumlah jualan keseluruhan tertinggi sejak 2013.

Proton dalam kenyataan me­ngumumkan peningkatan jualan sebanyak 23.3 peratus kepada 141,432 unit kenderaan di pasaran domestik dan eksport pada tahun lalu berbanding 2021.

Pada Disember lalu sahaja, Proton berjaya menjual sebanyak 14,750 unit kenderaan, menjadikannya jualan bulanan keempat terbaik untuk 2022.



“Jumlah jualan untuk pasaran antarabangsa pula meningkat kepada 5,406 unit, berkembang sebanyak 79.1 peratus, membolehkan Proton mengakhiri 2022 sebagai pengeksport utama industri.

“Secara keseluruhan, syarikat telah mengekalkan kedudukan di tangga kedua dalam industri de­ngan anggaran pegangan pasaran sebanyak 19.6 peratus.

“Jumlah Keseluruhan Volum Industri (TIV) untuk 2022 pula dianggarkan melebihi 720,000 unit, satu catatan industri baharu yang tinggi, di samping jualan Disember yang memecahkan rekod,” katanya.

Proton turut mengumumkan jualan untuk lima daripada enam model keretanya meningkat tahun lalu dengan tiga model mengakhiri 2022 sebagai peneraju segmen masing-masing iaitu X50, X70 dan Exora.



Katanya, Proton X50 terus menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris di Malaysia dengan jualan sebanyak 3,764 unit pada Disember.

“Ia mengakhiri 2022 dengan rekod jualan tahunan SUV baharu sebanyak 40,681 unit, peningkatan 41.4 peratus berbanding 2021, menjadikan SUV segmen B ini model kedua paling laris.

“Mengukuhkan lagi kedudukan Proton sebagai jenama SUV paling popular ialah Proton X70 yang dijual sebanyak 1,787 unit pada Disember dan keseluruhan 18,533 unit, meningkat sebanyak 13.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Model peneraju ketiga ialah Exora yang mengukuhkan ke­du­dukan di pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen C dengan jualan sebanyak 4,275 unit pada 2022, meningkat 5.9 peratus berbanding 2021,” jelas Proton.



Proton Saga pula terus menjadi model eksport paling popular de­ngan 2,404 unit terjual tahun lalu, peningkatan sebanyak 31 peratus daripada tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton yang merekodkan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut, berbangga menjadi satu-satunya syarikat automotif di Malaysia yang mencapai kejayaan itu dari 2019 hingga 2022.

Kata beliau, pertumbuhan dalam pasaran eksport Proton tetap penting buat syarikat yang kini di pertengahan rancangan perniagaan 10 tahunnya.

“Dengan model baharu ditambah dan pertumbuhan tawaran semasa kami pada 2023, kami yakin dapat mencapai angka yang lebih besar tahun ini,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker