Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]
Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup
GEORGE TOWN: Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini, diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan (KKM).
Notis penutupan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 pada Isnin.
Gerai roti canai popular diarah tutup 14 hari #georgetown: Gerai roti canai popular di Georgetown, diarah tutup berkuatkuasa hari ini sehingga 16 Januari susulan tahap kebersihan tidak memuaskan.https://t.co/AENUEwXuGP pic.twitter.com/8msvReF2sV
— Harian Metro (@hmetromy) January 2, 2023
Tindakan berkenaan diambil dalam satu operasi pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KKM di premis berkenaan pada Isnin.
Pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum dia dilihat menyambung menebar roti canai.
Macam mana lah orang boleh makan sini bila pergi Penang? Telur ayam punya lah kotor, sikit pun dia tak basuh. Terus buat roti telur 🤢
📍 Roti Canai Transfer Road, Penang pic.twitter.com/3TDeZ5HaVg
— twt cctv (@twtcctv) December 30, 2022
Sejak video itu dimuat naik, ia telah menarik perhatian kira-kira 500,000 netizen di Twitter dengan lebih 2,000 ciapan balas. AA
Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- DUN Perak panas, Presiden PAS kaki ponteng parlimen
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Giliran Pakar Ekonomi bidas ‘jalan mudah’ Rafizi, kumpulan B40 tiada pilihan
- Reen Rahim sah bergelar isteri, terima sedulang barang kemas [VIDEO]
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET