Tinggal Solat, Tapi ‘Ganti’ Dengan Amalan Baik Lain Untuk Dapat Pahala… UAI Perjelaskan!

Tinggal Solat, Tapi ‘Ganti’ Dengan Amalan Baik Lain Untuk Dapat Pahala… UAI Perjelaskan!

“WALAUPUN hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang, apa gunanya…”

Demikian lirik lagu yang didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid terkenal suatu masa dahulu.

Lagu berkenaan mengingatkan orang Islam, yang melafaz dua kalimah syahadah sebagai tanda keislaman dirinya, mengenai kewajipan masing-masing untuk menunaikan solat sebagaimana yang sudah difardukan oleh Allah SWT.

Seiring dengan peredaran zaman yang serba moden, umat Islam tidak terkecuali berdepan dengan cabaran sebagai seorang Muslim sehingga ada kalanya terlalai mengenai perkara yang satu ini.

Sama ada secara sengaja atau tidak rukun ini ditinggalkan, pelbagai alasan dijadikan sebagai punca antaranya sibuk bekerja, tidak pandai bab agama dan pelbagai alasan lain.

Bercakap soal solat, ada segelintir individu mengeluarkan ‘fatwa’ sendiri kononnya pahala boleh diperolehi melalui amalan lain selain solat. Sejauh manakah kebenarannya?

Tokoh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerangkan dengan jelas mengenai perkara tersebut dalam salah satu kuliah agamanya, baru-baru ini.

“Ada seorang hamba (Allah) ni cakap dia jarang solat. Tapi katanya sebab ada cara lain nak dapatkan pahala, tambahan katanya, tak semestinya orang yang solat penuh tu dapat masuk syurga. Apa pendapatnya (ustaz)?

“Ada orang kata kalau kita solat tak cukup tak apa, ada cara lain nak dapatkan pahala. Jawapannya, betul.

“Tetapi, pahala yang lain tidak dikira apabila jika tidak sempurna sembahyang,” terang beliau.

Solat adalah perkara pertama yang dihisab pada hari kiamat. Gambar hiasan

Menurut Ustaz Azhar, kewajipan bagi setiap umat Islam untuk menunaikan solat fardu sudah dijelaskan menerusi peristiwa isra’ dan mikraj.

“Ketika peristiwa isra’ dan mikraj, diwajibkan kita sembahyang sehari semalam 50 kali. Kata Nabi Musa kepada Nabi Muhammad SAW, umat kamu tak larat nanti. Pergilah minta kurangkan.

“Lalu Allah kurangkan menjadi lima waktu sahaja sehari semalam, kemudian Allah menitahkan: “Lepas daripada lima ini, tidak boleh kurang lagi daripada lima”

“Maka turunlah Nabi Muhammad dan berkata kepada umat manusia, “Allah SWT fardukan ke atas kamu sehari semalam, lima waktu… tak boleh kurang daripada ini”

“Jadi siapa yang sembahyang tiga sahaja, dua (waktu) lagi tidak sembahyang kemudian dia buat amalan lain, semua amalan lain tidak berguna,” terangnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Ustaz Azhar berkata, betapa pentingnya solat fardu sehingga ibadah itu adalah perkara pertama yang disoal ketika hari pembalasan kelak berbanding amalan-amalan yang lain.

“Kerana Nabi (Muhammad) syaratkan mesti cukup sembahyang dulu. Dalil dah disebut, dalam hadis “Awal-awal yang Allah akan tanya dan kira dulu atas seseorang manusia pada hari kiamat ialah solatnya dahulu.

“Kalau solatnya cukup, barulah elok amalannya yang lain. Kalau solatnya tak cukup atau tak solat, maka tidak ada dikira amalannya yang lain. Tiang agama adalah solat,” terangnya.

Semoga pencerahan Ustaz Azhar dapat menjawab persoalan mengenai betapa pentingnya mengerjakan solat fardu bagi setiap umat Islam. Selamat beramal!

Tinggal Solat, Tapi ‘Ganti’ Dengan Amalan Baik Lain Untuk Dapat Pahala… UAI Perjelaskan!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker