Minum arak sambut tahun baharu, pelajar tingkatan 4 antara orang Islam yang ditahan

GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan empat antara 11 lelaki yang ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas berada di bawah pengaruh alkohol ketika menyambut malam ambang tahun baharu di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney, di sini awal pagi Ahad.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, pemeriksaan dilakukan bermula jam 11.45 malam hingga 3 pagi dalam Ops Bersepadu Tahun Baharu yang melibatkan beberapa agensi penguatkuasa lain.

Menurutnya, ketika ditahan kesemua mereka sedang berhibur sambil menunggu detik 12 tengah malam sempena tahun baharu hingga membuatkan mereka tidak sedar akan kehadiran pihak berkuasa.



Kesemua yang ditahan beragama Islam berusia lingkungan 16 dan 38 tahun.

“Selepas menyedari kehadiran kami ada di antara mereka cuba melarikan diri namun dengan kawalan ketat pihak polis berjaya menahan mereka daripada meloloskan diri,”katanya ketika ditemui media selepas selesai operasi di sini, semalam.

Mohd Azizon berkata, pelajar sekolah itu memberi alasan kali pertama kali berkunjung ke pusat hiburan atas ajakan rakan-rakannya manakala seorang lelaki berusia 30-an pula mendakwa konon datang bersama tunangnya warga Indonesia.

“Siasatan lanjut mendapati kesemua lelaki terbabit merupakan anak jati Pulau Pinang dan berdasarkan alamat pada kad pengenalan ada yang datang dari kawasan yang sama antaranya di Batu Kawan.



“Kita akan menghubungi waris individu terbabit bagi tujuan ikat jamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu meminum minuman memabukkan,”tambahnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest



Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker