Tapir Seberat 250Kg Tersesat Masuk Tingkat 5 Parkir Hotel [VIDEO]
Tapir Seberat 250Kg Tersesat Masuk Tingkat 5 Parkir Hotel
MELAKA: Seekor tapir dianggarkan seberat 250 hingga 290 kilogram ditemukan sesat di tingkat lima kawasan parkir kenderaan di sebuah hotel di Banda Hilir di sini hari ini, sebelum ditangkap dan dipindahkan ke Zoo Melaka.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Mohd Firdaus Mahmood berkata pihaknya bersama dengan petugas bomba mengambil masa kira-kira empat jam dalam operasi menangkap dan memindahkan haiwan itu.
“Kita juga mendapat maklumat dan panggilan mengenai kewujudan tapir ini di beberapa tempat (sebelum ini) namun tidak berjaya dijejaki sehingga akhirnya ia ditemukan hari ini, sesat di tingkat lima, ia dipercayai naik ke tingkat atas mengikut laluan kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pada mulanya 10 anggota Perhilitan digerakkan ke hotel berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kemunculan haiwan itu, dan mereka menunggu tapir itu sehingga ia tenang dan stabil sebelum menangkapnya.
Katanya tapir itu mengalami luka-luka kecil di bahagian kaki dan dipindahkan ke Zoo Melaka untuk dirawat sebelum dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.
Sementara itu komander operasi bomba Melaka, Pegawai Bomba Kanan II Sopian Hassan berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah digerakkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan mengenai kemunculan haiwan itu pada kira-kira pukul 9.04 pagi.
“Sejurus tiba lima minit kemudian di lokasi kita dapati ada seekor tapir di tingkat lima hotel dan meminta Perhilitan untuk menangkap haiwan itu. Operasi tamat pada pukul 2.30 petang,” katanya.– BERNAMA
Tapir Seberat 250Kg Tersesat Masuk Tingkat 5 Parkir Hotel
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- DUN Perak panas, Presiden PAS kaki ponteng parlimen
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Giliran Pakar Ekonomi bidas ‘jalan mudah’ Rafizi, kumpulan B40 tiada pilihan
- Reen Rahim sah bergelar isteri, terima sedulang barang kemas [VIDEO]
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest