Hak Presiden UMNO lantik Pengerusi UMNO Negeri

Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri merupakan hak Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang perubahan di peringkat negeri sebagaimana gesaan di buat akar umbi, perkara tersebut perlu diserahkan kepada kebijaksanaan Presiden UMNO.

“Itu hanya cadangan, tetapi hak memilih Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri adalah kuasa Presiden UMNO.



“Justeru itu, kita serahkan kepada kebijaksanaan Presiden untuk membuat apa juga keputusan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kejohonan bola jaring di Dewan Muafakat Taman Saujana, di sini pada Sabtu.

Ahmad juga Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian berkata, bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri yang sudah berundur, jawatan mereka sudah diganti oleh individu lain oleh Presiden UMNO.

“Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang letak jawatan sebelum ini sudah diganti dengan Datuk Megat Zulkarnain Omardin. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah yang dikosongkan Datuk Othman Aziz, kini diisi Datuk Suraya Yaacob.

“Selain mereka, tiada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri setakat ini yang meletakkan jawatan.



“Tidak menjadi isu pun, kerana ia hak Presiden UMNO, selagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO mana-mana negeri mahu terus menjawat jawatan itu dan Presiden kekalkan mereka, mereka akan kekal,” katanya.

Pada Jumaat, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata UMNO di peringkat negeri perlu memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk memulihkan kepercayaan terhadap parti itu sebagai satu langkah mengekalkan kelangsungannya pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana banyak kawasan luar bandar yang UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu sedangkan ia tidak seharusnya berlaku kepada kawasan luar bandar merupakan kubu kuat parti itu.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker