Dr. Puad bidas Dr. Maszlee, ahli akademik lebih kuat main politik

Ahli akademik tidak semestinya menjadi orang paling sesuai untuk menerajui Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pengajian Tinggi, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri pendidikan Maszlee Malik semalam yang menggesa orang politik tidak dilantik sebagai menteri pengajian tinggi dan pendidikan selepas PRU16.

“Kalau orang akademik tetapi tidak ada political will (iltizam politik) pun tak guna juga. Yang penting idea dan komitmen,” kata Puad di Facebook.

Beliau turut mengkritik Maszlee, yang juga bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bekas menteri kewangan serta bekas pegawai bank Tengku Zafrul Aziz.

“Ada orang bukan politik seperti ahli akademik dan ‘banker’ bila jadi Menteri, dia lagi kuat main politik. Lebih parah bila tidak berjiwa rakyat.”

Berucap dalam seminar dasar awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, Maszlee berkata jawatan menteri pengajian tinggi dan pendidikan itu seharusnya dilantik dalam kalangan pendidik kerana mereka lebih mengetahui “isi hati” dan hala tuju kementerian berkenaan.

Maszlee merupakan menteri pendidikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), dari Mei 2018 hingga Januari 2020.

Puad berharap menteri pendidikan baharu, Fadhlina Sidek lebih cepat belajar tentang struktur dan isu utama pendidikan dalam kementeriannya.

Beliau juga menggesa peruntukan yang lebih besar disalurkan untuk sekolah luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, dalam Bajet 2023 – yang akan dibentangkan pada 24 Feb.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker