Azeem mohon doakan kejayaan untuk ‘berguru’ selama 4 tahun di Amerika Syarikat

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi sudah bersedia sepenuhnya untuk ‘terbang’ ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengembangkan karier dan melanjutkan pelajaran di Universiti Auburn.

Atlet berusia 18 tahun itu akan berangkat ke negara Uncle Sam awal pagi pada Ahad untuk berkelana selama empat tahun di Alabama sehingga akhir Disember 2026.

“Semua sudah siap. Barang dan dokumen telah disediakan, cuma tunggu masa untuk berangkat sahaja.

“Terasa teruja dan tak sabar untuk merasai pengalaman baharu selama empat tahun. Saya akan pergi seorang diri dan ada wakil dari universiti tunggu di sana,” ujar Azeem kepada Sukan Sinar.

Selain persiapan mental Azeem turut mempersiapkan diri daripada aspek fizikal menerusi latihan yang dipantau jurulatih Ken Harnden dan Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah sejak November lalu.

“Selepas berakhir kejohanan di Jepun pada Oktober saya buat latihan dan menghantar laporan kepada Harnden selain dipantau jurulatih cikgu Amir.

“Ia bagi memastikan saya mengikuti program yang telah disusun untuk kekal cergas sebelum menyambung latihan di sana (AS),” katanya.

Pada masa sama, Azeem kerap berhubung dengan Harnden yang prihatin tentang keperluannya termasuk makanan apabila berada di AS kelak

Beliau juga mendapat ‘layanan istimewa’ apabila bakal disediakan menu khas yang halal dan memenuhi keperluannya sebagai seorang atlet.

“Pihak universiti peka soal makanan halal. Mereka ada bertanya, makanan apa yang boleh dimakan, termasuk daging halal. Mereka ada pakar nutrisi yang akan menjaga pemakanan saya dan atlet lain,” katanya.

Azeem memilih Universiti Auburn kerana institut pengajian tinggi itu terletak di Alamaba sebuah bandar yang tidak terlalu sibuk dan padat.

“Suasana sekitar bandarnya juga tenang dan santai. Warga universiti juga amat mengalu-alukan kedatangan saya ke sana,” katanya.

Beliau juga memberitahu, sudah mendapat gambaran mengenai suasana pembelajaran dan latihan buat pelajar yang bergelar atlet menerusi jadual yang fleksibel.

“Jadual seimbang antara belajar dan latihan serta tidak terlalu padat. Ia juga memudahkan atlet agar tidak terbeban dan terlalu penat.

“Pelajar sukan juga disediakan tutor peribadi dan tusyen,” katanya yang akan mula belajar pada 11 Januari.

Azeem memberitahu, tahun pertama di AS, beliau menyasarkan untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary pada Ogos.

Bagi mencapai misi itu, beliau perlu mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam acara 100 meter (M) dan 200m kerana had kelayakan ditetapkan untuk pentas berprestij dunia itu adalah 10 saat (s) untuk acara 100m dan 20.16s (200m).

Biarpun mencabar, tetapi ia tidak mustahil kerana atlet dari Perak itu pernah mencipta sensasi dengan catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun ini.

Sasaran seterusnya buat Azeem adalah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan menjadi pelari 100m pertama dari Asia Tenggara mencatat masa bawah 10s.

Azeem juga berharap usahanya untuk ‘berguru’ di AS membuka mata para atlet muda untuk terus berusaha dan jangan putus semangat berjaya dalam sukan serta pelajaran.

“Doakan kejayaan saya untuk mengukir nama Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker