‘Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023’ disahkan palsu

Tangkap layar info Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 Bagi Tahun 2023 yang tular di media sosial, hari ini

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan hebahan mengenai ‘Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023’ yang tular di media sosial ketika ini adalah palsu.

JKM menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai sebarang bantuan JKM.

“Maklumat dan info tepat mengenai sebarang bantuan hanya dipaparkan di laman portal rasmi JKM sahaja.

“Sila layari www.jkm.gov.my untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut,” katanya.



Sebelum ini, tular di laman sosial Whatsapp dan Telegram berhubung Permohonan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 Bagi Tahun 2023.

Hebahan palsu itu turut memaparkan gambar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bagi mengelirukan orang awam.

Maklumat palsu itu turut memaparkan kenyataan berhubung Bajet 2023 yang memperuntukkan dana jumlah yang besar bagi membantu mereka yang layak.

Info tular itu dikongsi menerusi pautan telegram, https://t.me/officialbantuankerajaan dan laman web https://www.sistemguruonline.my/2022/12/bantuan-warga-emas.html. – KOSMO! ONLINE



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker