Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’

Zahid sebelum ini berdepan bantahan dalam BN kerana didakwa mengambil keputusan menyokong Pengerusi PH Anwar Ibrahim, bertentangan dengan keputusan gabungan itu.

Pemimpin MCA dan MIC juga menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN.

Semalam, Zahid berkata dia telah memaafkan pemimpin tersebut dan berkata dia faham mereka berdepan tekanan dalaman yang hebat.

Timbalan perdana menteri itu juga berkata dia telah memaafkan 10 ahli parlimen Umno yang dikatakan menyokong Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri kesepuluh.

“Jangan dikenang peristiwa yang sudah berlalu. Mari kita move on.

“Bentuk gagasan baru, perkukuhkan parti, siap siagakan parti untuk hadapi landskap politik baru. Ketepikan perbezaan antara kita,” katanya.

Keputusan BN untuk bekerjasama dengan PH bagi menubuhkan kerajaan persekutuan selepas PRU15 dan bukannya dengan PN seperti penggal lalu adalah kerana kerjasama dengan PN akan membawa lebih banyak mudarat, kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata BN membuat analisis berkenaan gabungan politik mana yang akan membawa paling kurang mudarat kepada BN dalam jangka panjang.

“Kami buat analisis, bukan sahaja sekarang tapi untuk jangka sederhana dan panjang. Mudarat mana yang kurang, yang boleh terus relevankan Umno, katanya dalam wawancara yang disiarkan secara langsung di saluran Youtube NRChannel semalam.

“Majlis Tertinggi (MT) Umno putuskan lebih banyak mudarat dengan PN.

“Mereka bertanding di kawasan sama yang kami bertanding, di kawasan Malay Belt, yang ada kelompok Melayu. Kita berperang di gelanggang yang sama,” katanya.

Justeru, katanya lagi, Umno memilih untuk berpihak kepada PH kerana ia akan menjamin survival politik parti itu dan BN.

“Bersama PH, (Umno ada) potensi besar untuk menang semula kawasan yang dulu (dapat) kurang undi. Kita boleh gali semula potensinya,” katanya.

Tanpa menyebut sebarang nama secara khusus, Zahid mendedahkan ada dua ahli MT yang tidak setuju dengan kerjasama dengan PH.

“Tak lebih dua orang (anggota MT) yang tak setuju,” katanya, sambil menambah walaupun ada perbezaan pandangan, semua perlu akur apabila MT sudah mencapai keputusan muktamad.

“Adakah ini tidak demokratik? Adakah saya guna kuasa autokratik, ataupun saya seorang diktator yang buat keputusan sendiri? Saya jaga kepentingan parti,” katanya.

“Salahkan Dr M DAP dalam kerajaan’

Mengulas rasa tidak senang beberapa pihak terhadap kerjasama Umno dengan DAP dalam kerajaan, Zahid berkata kemarahan itu patut dihalakan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Zahid, Mahathir patut dipersalahkan kerana “mendoktrin” selama 22 tahun dan memberi “gambaran yang sangat negatif” terhadap DAP.

“Akhirnya (Mahathir) mendakap parti itu. Dia yang bawa DAP masuk dalam kerajaan PH (selepas PRU 2018).

“Kita lihat Bersatu juga mendakap parti itu (DAP). Begitu juga dengan PAS (sebelum ini). Parti yang belum lagi adalah Umno dan BN,” katanya, sambil memberi jaminan dia tidak akan menggadaikan falsafah Umno walaupun bekerjasama dengan DAP.

Pernah lantang mengkritik DAP, Zahid bertukar nada selepas penubuhan kerajaan baru apabila berkata DAP telah memberi jaminan untuk ‘akur dan patuh’ dengan empat Perkara yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk berkaitan agama Islam dan keistimewaan orang Melayu.

‘Umno untung dapat jawatan enam menteri’

Zahid kemudian berkata BN yang hanya meraih 30 kerusi parlimen sepatutnya bersyukur kerana mendapat jawatan menteri yang lebih banyak berbanding DAP, yang menang 40 kerusi parlimen.

“Kita bernasib baik. Kita hanya menang 30 kerusi, diberikan enam jawatan menteri penuh. Ada parti yang menang 40 kerusi, tapi dapat empat menteri sahaja.

“Tak bersyukur kepada Allah jika tak berterima kasih kepada yang memberi. Terima kasih kepada Anwar kerana beri peluang untuk kita jadi menteri dan timbalan menteri,” katanya apabila ditanya jika BN berpuas hati diberikan enam jawatan menteri dan enam jawatan timbalan menteri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker