Pemilihan UMNO: Jangan melompat, keputusan jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertanding belum diputuskan

Tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini, sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bakal dipertandingkan atau tidak, pada pemilihan akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada sebarang ketetapan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berhubung perkara itu, ketika ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu mungkin diputuskan pada Mesyuarat MKT Khas yang akan diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) berlangsung iaitu pada malam 12 Januari nanti.

“Itu (sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan) kita tunggu. Tidak ada sebarang keputusan mengenainya setakat hari ini.

“Namun saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini, kerana kita masih ada masa sebelum PAU diadakan Januari nanti.

“Kita tunggulah. Januari nanti MKT UMNO ada mesyuarat bulanan seperti biasa dan satu lagi kita ada Mesyuarat Khas MKT yang secara tradisinya akan diadakan pada malam sebelum PAU diadakan.

“Mesyuarat Khas MKT kali ini akan diadakan pada malam 12 Januari sebelum PAU diadakan keesokannya. Malam itu mungkin akan diputuskan mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian, di Api-Api, di sini, pada Isnin.

Pada Ahad, Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, dilaporkan berkata UMNO akan menempah episod hitam sekali lagi jika jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan.

Muhamad Muqharabbin dilaporkan berkata, kedua-dua jawatan berkenaan wajar dipertandingkan dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan.

Pada 9 Disember lalu, UMNO menafikan terdapat perbincangan berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 7 Disember juga tidak menyentuh perkara itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker