Tiada Menteri Besar, tiada isu, Banjir saja kot

Oleh Norzahira

BUKAN pertama kali pihak PAS membuat kenyataan perkara yang melibatkan pemimpin mereka tidak perlu dipolitikkan sedangkan ianya melibatkan nyawa dan harta rakyat.

Masihkah anda ingat bagaimana penyokong PAS mempolitikkan apa sahaja perkara yang berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan perkara tersebut langsung tidak menjejaskan keselamatan nyawa dan harta rakyat?



Ramai pihak mula mempertikaikan sikap “double standard” PAS. Mereka sentiasa menganggap apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS tetap “suci” walaupun ianya tidak bermoral disisi agama .

Semua pihak tahu tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar bercuti di luar negara ketika Terengganu dilanda banjir besar merupakan perkara yang tidak boleh diterima namun seperti biasa PAS dilihat tetap “menghalalkan” tindakan tersebut.

Masihkah kita ingat bagaimana kuatnya laungan pemimpin PAS menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada musim banjir? Ironinya, pemimpin PAS boleh pula terima pemimpin mereka bercuti ketika rakyat berdepan musibah.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri dikatakan sedang bercuti bersama keluarga di Auckland, New Zealand ketika banjir besar melanda negeri di bawah pentadbirannya.



Ahmad Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Dis dan hanya dijangka pulang 22 Dis.

Kenyataan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat yang menegaskan Kerajaan Terengganu berpendapat, tidak timbul apa-apa isu berhubung cara pengurusan banjir di negeri itu kerana keadaan terkawal walaupun menteri besar tidak ada mendapat kritikan netizen.

Satu video viral memaparkan bagaimana teruk keadaan di Terengganu namun pemimpin PAS tetap mengatakan keadaan terkawal dibawah pentadbiran mereka.

 



Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus meningkat daripada 36,009 orang pada 12 tengah malam tadi kepada 36,231 orang pagi ini.

Oleh itu, tindakan tidak bertanggungjawab MB Terengganu bercuti ketika negeri tersebut dilanda banjir teruk dilihat mencermin kegagalan Ahmad Samsuri sebagai seorang Menteri Besar dan parti PAS sebagai kerajaan negeri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker