Terengganu bagai dilanda tsunami kecil
Terengganu bagai dilanda tsunami kecil
KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada hampir 40,000 orang melibatkan semua lapan daerah yang disifatkan seolah-olah dilanda tsunami kecil.
Angka itu dijangka terus meningkat memandangkan hujan lebat sejak malam Sabtu lalu tiada tanda akan surut pada masa terdekat.
Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dan lurun monsun tersebut akan berterusan sehingga esok.
Rata-rata penduduk yang terjejas berasakan musibah kali ini antara terburuk pernah melanda Terengganu dan hampir menyamai banjir besar yang pernah berlaku pada 1986.
Ribuan rumah penduduk ditenggelami, malah ada yang dihanyutkan air.
Beginilah keadaan banjir di Terengganu ketika ini.
Selain itu, banyak kemudahan awam, pejabat kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah juga terjejas melibatkan kerugian dianggarkan jutaan ringgit.
Beberapa kawasan terutama di Kemaman dan Hulu Terengganu mengalami gangguan bekalan elektrik dan air yang menjejaskan kehidupan penduduk.
Seorang mangsa, Ab. Fattah Salleh, 57, berkata, rumahnya di Kampung Pulau Rusa di sini dinaiki air sedalam 1.5 meter tidak sampai sejam selepas hujan lebat pada Ahad lalu.
“Waktu itu saya menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia bersama keluarga.
“Air masuk memenuhi rumah dengan pantas, tidak sampai sejam sudah naik setinggi 1.5 meter,” katanya di sini semalam.
Di Besut, Kampung Mak Sara di sini ditenggelami banjir sehingga menghanyutkan sebahagian gerai penduduk semalam.
Hampir kesemua rumah penduduk tenggelam hingga paras bumbung.
Seorang penduduk, Nur Amiza Zakaria, 32, berkata, banjir yang melanda sejak kelmarin membawa arus deras yang disifatkan bagaikan tsunami kecil.
Pengusaha gerai makanan itu memberitahu, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiaminya sejak lima tahun lalu turut ‘hilang’ ditenggelami banjir.
“Banjir yang berlaku sangat dahsyat dan paling buruk dalam tempoh 20 tahun.
“Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dan hanya boleh sayu melihat keseluruhan rumah ditenggelami air,” katanya.
Di Kota Bharu, Kelantan, mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 26,513 mangsa ditempatkan di 133 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah setakat semalam.
Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu membabitkan 7,379 buah keluarga yang berlindung di PPS.
Menurutnya, Pasir Mas masih kekal daerah paling teruk terjejas apabila melibatkan seramai 6,994 mangsa diikuti Pasir Puteh (4,379), Tumpat (4,202) dan Kota Bharu (4,071).
“Seramai 3,418 mangsa banjir di Kuala Krai, Tanah Merah (1,315), Machang (1,124) dan Bachok (1,158).
“Tiga PPS di Jeli yang menempatkan 420 mangsa kelmarin ditutup sepenuhnya semalam. Daerah Gua Musang masih selamat apabila tiada mangsa banjir dicatatkan setakat ini,” katanya. K Online
Terengganu bagai dilanda tsunami kecil
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.