Semua 33 militan rampas balai polis ditembak mati di Pakistan
Semua 33 militan rampas balai polis ditembak mati di Pakistan
Semua 33 suspek militan yang merampas sebuah balai polis di Pakistan hujung minggu lalu ditembak mati oleh anggota pasukan khas tentera, yang turut membebaskan semua tebusan, kata Menteri Pertahanan, Khawaja Muhammad Asif.
“Pengganas terbabit, yang disyaki menganggotai beberapa kumpulan militan termasuk Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), berjaya menumpaskan warden penjara dan merampas senjata mereka Ahad lalu.
“Semua tebusan dibebaskan, antara 10 hingga 15 anggota pasukan khas SGG termasuk seorang pegawai cedera manakala dua mati syahid,” katanya kepada Parlimen.
Pasukan khas tentera menyerbu balai polis sekitar tengah hari apabila anggota militan bergaduh sesama sendiri mengenai bagaimana mahu menguruskan tebusan mereka, kata seorang saksi yang turut melaporkan bunyi letupan dan tembakan.
Suspek militan berkenaan, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam keganasan, menuntut laluan selamat untuk ke Afghanistan sebagai ganjaran bagi membebaskan tebusan.
Tebusan mereka termasuk sekurang-kurangnya lapan anggota polis dan anggota risikan tentera, kata jurucakap kerajaan daerah Khyber Pakhtunkhwa, Muhammad Ali Saif.
“Terdapat 33 pengganas dari kumpulan berbeza ditahan dan dipenjarakan dalam kawasan Jabatan Anti Keganasan di balai polis berkenaan
“Salah seorang daripada mereka memukul seorang pengawal di kepala menggunakan batu bata ketika mahu ke tandas dan merampas senjatanya,” kata Saif.
Balai polis berkenaan terletak di wilayah Bannu, berdepan dengan wilayah yang diperintah sendiri oleh kumpulan orang asli di Pakistan, berdekatan sempadan Afghanistan.
Semua pejabat dan jalan di kawasan berkenaan ditutup dengan beberapa pos kawalan dibuka di kawasan sekitar.
Semua sekolah tempatan juga diarah ditutup hari ini kerana khuatir mungkin berlaku penculikan, kata seorang pgawai kanan kerajaan kepada AFP
TTP adalah kumpulan yang berlainan daripada Taliban Afghanistan tetapi berpegang kepada ideologi Islam tegar dan kerap mendalangi aktiviti keganasan di kawasan sempadan. BH
Semua 33 militan rampas balai polis ditembak mati di Pakistan
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.