Lembu jatuh lori nyaris jadi ‘korban’

Lembu itu jatuh dari sebuah lori berwarna biru. – SWNS

LONDON – Seekor lembu nyaris digilis selepas ia terjatuh dari sebuah lori ke atas jalan raya yang mempunyai had kelajuan 112 kilometer sejam, lapor akhbar The Sun, semalam.

Video mengejutkan itu dirakam di lebuh raya M6, wilayah North West pagi Selasa lalu.

Lembu itu dilaporkan sedang diangkut menggunakan sebuah lori apabila ia terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain.

Polis memaklumkan bahawa seekor lagi lembu jatuh dari lori tersebut pada jarak 3.2 kilometer dari lokasi kejadian pertama.



Haiwan ternakan yang berkeliaran di lebuh raya itu kemudian mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk apabila jalan terpaksa ditutup selama 90 minit.

Pegawai dari Kumpulan Polis Lebuhraya Pusat (CMPG) dalam satu kenyataan di Twitter mengesahkan bahawa lembu-lembu itu cedera, manakala jalan ditutup di kedua-dua arah.

Dengan bantuan beberapa pemandu lori, lembu-lembu itu berjaya dialih keluar dari jalan tersebut. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker