Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
Bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dituduh sebagai angkuh dan sombong ekoran tindakannya mempertikai serta memperlekehkan kewibawaan Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Timbalan Ketua Pejuang Melaka, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh berkata, Khairuddin bermain politik murahan dengan menuding jari terhadap pihak lain untuk menutup kelemahan beliau yang tidak cekap ketika menggalas jawatan sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pejuang (MEP).
“Sejarah Khairuddin juga yang sebelum ini kerap menukar parti kerana mempertikaikan pimpinan menunjukkan beliau angkuh bahawa dirinya adalah hebat berbanding individu lain.
“Jika beliau sangat hebat, saya sarankan untuk beliau tubuhkan parti sendiri dan menjadi Presiden,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Khairuddin ketika mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Pejuang menyatakan, beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden parti berkenaan.
Sheikh Ikhzan memberitahu, Khairuddin bebas memilih mana-mana parti yang ingin disertai namun beliau tidak seharusnya memberi gambaran seolah-olah Mukhriz tidak mampu menggalas tugas memimpin parti.
“Pandangan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili suara ahli-ahli akar umbi yang masih lagi yakin dan percaya pada Presiden untuk memimpin Pejuang,” jelasnya.
Sheikh Ikhzan juga melihat tindakan Khairuddin membuat kenyataan bahawa Majlis Pimpinan Pejuang Wilayah Persekutuan terbubar dengan peletakan jawatannya menunjukkan Khairuddin sebagai ketua Pejuang negeri tidak cekap dan fasih Perlembagaan Pejuang Fasal 11 yang menetapkan hanya MEP sahaja mempunyai kuasa mengenai pembubaran majlis pimpinan negeri. MG
Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]