Jalan Batang Kali-Genting ditutup setahun – KKR
Jalan Batang Kali-Genting ditutup setahun – KKR
Kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang berlaku Jumaat lalu dijangka mengambil tempoh selama setahun sebelum laluan Jalan Batang Kali- Genting, Hulu Selangor boleh dibuka semula bagi laluan orang ramai.
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, berkata sementara tempoh itu pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir.
“Walaupun jalan itu OK, kita tidak berani buka sehingga cerun baharu dibuat yang akan mengambil tempoh kira-kira setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya yang mengorbankan 24 mangsa.
Wan Ahmad Uzir berkata, pembinaan jalan di kawasan itu tidak menyebabkan berlakunya runtuhan, sebaliknya insiden berkenaan disebabkan faktor semula jadi kerana adanya aliran air bawah tanah.
“Ia juga tidak disebabkan pengairan secara haram dari tapak perkhemahan, namun pergerakan air yang kita tidak nampak dari mata kasar,” katanya.
Beliau berkata, KKR mengenal pasti 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh.
“Tiada pembangunan dibenar dibangunkan di kawasan berisiko tinggi itu.
“Kita sudah ada garis panduan yang diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang perlu diikuti pihak berwajib. Melalui garis panduan itu juga kita meletakkan kriteria iaitu kawasan merah tidak dibenarkan sebarang pembangunan,” katanya. BH
Jalan Batang Kali-Genting ditutup setahun – KKR
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.