Argentina julang Piala Dunia
Argentina julang Piala Dunia
Argentina menamatkan penantian 36 tahun untuk menjulang Piala Dunia buat kali ketiga apabila menewaskan juara bertahan, Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi final yang penuh dramatik di Stadium Lusail berkesudahan 3-3, sebentar tadi.
Berdasarkan rekod, kali terakhir skuad La Albiceleste memenangi Piala Dunia adalah pada 1986 dan kali pertama pada 1978.
Kemenangan di Qatar menjadi detik paling bermakna buat kapten Argentina, Lionel Messi apabila dia akhirnya dapat menjulang Piala Dunia buat kali pertama pada penampilan kali kelima dan terakhir di kejohanan tertinggi itu.
Messi, 35, sudah mengumpul tujuh anugerah Ballon d’Or selaku pemain terbaik dunia, namun berdepan detik pahit apabila gagal menjulang Piala Dunia pada 2014 susulan kekalahan di tangan Jerman dalam perlawanan akhir.
Turun dengan misi besar di Stadium Lusail yang berkapasiti 89,000 penonton, Argentina bermula garang dengan mengasak kubu Perancis sejak awal permainan.
Usaha skuad kendalian Lionel Scaloni membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23 susulan kekasaran Ousmane Dembele ke atas Angel Di Maria.
Peluang keemasan itu tidak disia-siakan Messi untuk meletakkan skuad La Albiceleste di depan apabila sepakannya gagal dibaca penjaga gol, Hugo Lloris.
Di Maria yang secara mengejut diletakkan dalam kesebelasan bagi aksi final, kemudian mengukuhkan kedudukan buat Argentina apabila menyudahkan umpanan Alexis Mac Allister pada minit ke-36.
Ia menyaksikan percaturan Scaloni berhasil selepas Di Maria sebelum ini tidak pernah berada dalam kesebelasan utama sejak peringkat kumpulan dan hanya beraksi lapan minit ketika menewaskan Belanda di suku akhir.
Perancis terpaksa menunggu minit ke-80 untuk merapatkan kedudukan selepas Mbappe menyudahkan sepakan penalti susulan Nicolas Otamendi menjatuhkan Randal Kolo Muani.
Jaringan itu menjadi detik kebangkitan Perancis apabila Mbappe berjaya meledak gol penyamaan hanya seminit kemudian, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Messi kembali meletakkan Argentina di depan pada minit ke-109 dalam masa tambahan, sebelum Mbappe sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-118.
Jaringan itu bukan sahaja melengkapkan hatrik Mbappe, malah turut meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak dengan lapan gol selain mengheret pemenang ditentukan dengan penentuan penalti.
Bagaimanapun, malang menimpa Perancis apabila kegagalan Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan trofi Piala Dunia 2022 menjadi milik Argentina. BH
Argentina julang Piala Dunia
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.