Kanak-kanak perempuan korban pertama banjir di Terengganu

Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu kali ini dalam kejadian di Kampung Apal di Jertih hari ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan ditemukan terapung dalam parit kira-kira 20 meter dari rumah tempat mangsa dikatakan terjatuh pada kira-kira 3.40 petang tadi.

“Kejadian dikatakan berlaku ketika ibu saudara mangsa yang berada di rumah sedang bersiap-siap untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana paras air semakin meningkat sebelum mendapati mangsa telah keluar sendiri melalui pintu dapur.

“Mangsa dikatakan terjatuh di dalam air banjir dan dihanyutkan arus dalam kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Rohaimi turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan berhati-hati sepanjang tempoh monsun timur laut (MTL) ini.

“Elakkan anak-anak kecil bermain air di musim banjir kerana membahayakan nyawa mereka.

“Ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan agar lebih berhati-hati dan peka terhadap keselamatan anak-anak pada musim MTL ini,” kata beliau yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak itu.



Katanya keprihatinan ibu bapa amat penting supaya musibah seperti itu dapat dicegah daripada berulang.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker