Bukan Bergaduh Sampai ‘Left Group’…Adik-Beradik Harus Mendoakan, Dan Cakap Yang Baik-baik

Bukan Bergaduh Sampai ‘Left Group’…Adik-Beradik Harus Mendoakan, Dan Cakap Yang Baik-baik

PERTELINGKAHAN antara adik beradik bukanlah perkara asing dalam institusi kekeluargaan.

Malah banyak insiden mengerikan berlaku sama ada di dalam mahupun luar negara.



Pun begitu, hubungan antara adik-beradik sering disifatkan sebagai ‘air yang dicincang takkan putus’.

Menerusi nukilan Setiausaha Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi, mendoakan adik-beradik sendiri adalah sifat yang mulia dan ia dinyatakan dalam al-Quran.

Perkara ini dapat dilihat apabila Nabi Musa mendoakan abangnya Nabi Harun.



Hubungan sesama adik-beradik adalah sesuatu yang unik. -Gambar hiasan

Hubungan abang adik ini adalah antara perkara yang menarik untuk diterokai kerana kehidupan mereka yang digambarkan di dalam al-Quran sebagai adik-beradik yang saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam usaha dakwah.

Nabi Musa dan Nabi Harun memiliki dua karakter berbeza yang ditampilkan di dalam al-Quran.

Nabi Musa orangnya keras, sedangkan Nabi Harun itu sikapnya lembut.



Ini dapat dilihat daripada peristiwa yang berlaku setelah kaum mereka menyeleweng dari ajaran Islam, Musa memarahi abangnya Harun dengan menggenggam janggutnya dan menarik rambutnya.

Namun Harun membalas dengan baik dengan katanya yang bermaksud: “Wahai anak ibuku (Nabi Musa)! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: “Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!” Surah Taha: 94.

Nabi Harun orangnya fasih sedang Nabi Musa barangkali tuturnya tidak berapa lancar.

Perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Musa ketika meminta bantuan daripada Allah supaya Allah mengutuskan Harun sebagai pembantunya kerana beliau lebih fasih dalam bertutur.



Hubungan kekeluargaan harus diberi perhatian. – Gambar hiasan

Kata Nabi Musa yang bermaksud: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih dari diriku” Surah al-Qasas: 34.

Walaupun memiliki karakter yang berbeza, dua beradik ini adalah pasangan yang ideal dalam dakwah.



Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun, beliau memohon supaya Allah melantik Harun, abangnya sebagai pembantu.

Pelantikan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa ini disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran yang menggambarkan betapa besar peranan Harun sebagai pembantu misi dakwah tersebut.

Allah menceritakan dialog Musa ini di dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku. [30] Iaitu Harun saudaraku [31] Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya [32] Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku [33] Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu [34] – Surah Taha: 30-34.

Bukan sahaja saling membantu, Nabi Musa juga direkodkan sebagai mendoakan keampunan buat abangnya. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mendoakan sesama adik-beradik sendiri?



“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga.” (Surah al-A’raf:151)

Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

Jika timbul masalah sesama adik-beradik, selesaikan secara baik menerusi perbincangan tanpa perlu mengambil langkah tidak matang seperti left WhatsApp group!. mSTAR

Bukan Bergaduh Sampai ‘Left Group’…Adik-Beradik Harus Mendoakan, Dan Cakap Yang Baik-baik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker