Akuarium gergasi meletup, cetus ‘tsunami’ di dalam hotel [VIDEO]
BERLIN – Akuarium gergasi di dalam sebuah hotel di Jerman meletup kelmarin dan mencetuskan ‘tsunami’ yang menyebabkan kerosakan besar berlaku, lapor portal berita MailOnline.
Akuarium setinggi 24.99 meter (m) itu terletak di ruang legar Hotel Radisson Blu, pusat bandar Berlin. Ia pecah sekitar pukul 5.50 pagi (waktu tempatan) sekaligus membunuh semua 1,500 ikan tropika yang berada di dalamnya.
Letupan di Akuarium AquaDom itu melepaskan sejuta liter air ke lobi dan memutuskan bekalan elektrik di hotel tersebut. Dua orang cedera akibat terkena serpihan kaca dan menerima rawatan di hospital.
Terdapat spekulasi suhu beku semalaman menyebabkan keretakan pada tangki kaca yang kemudian meletup, bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca sebenar letupan.
Usaha turut dilakukan untuk menyelamatkan tambahan 400 hingga 500 ekor ikan kecil yang ditempatkan di dalam akuarium lain di bawah lobi hotel tersebut kerana tanpa bekalan elektrik, haiwan itu tidak dapat menerima oksigen yang diperlukan untuk terus hidup.
Pelbagai pertubuhan termasuk Zoo Berlin menawarkan untuk mengambil ikan-ikan yang masih hidup.Aquarium Aquadom yang menempatkan ikan-ikan tersebut digambarkan sebagai tangki silinder terbesar di dunia.
Antara 80 jenis ikan yang ditempatkan di akuarium utama ialah blue tang dan clownfish iaitu dua spesies ikan berwarna-warni yang terkenal dalam filem animasi, Finding Nemo.
‘Malangnya, tiada seekor pun daripada 1,500 ikan itu dapat diselamatkan,’ kata Datuk Bandar Berlin, Franziska Giffey.
Giffey berkata, kejadian itu mencetuskan ‘tsunami sebenar’ tetapi masa awal pagi telah menghalang lebih banyak kecederaan daripada berlaku.
Letupan itu menyebabkan lobi hotel dipenuhi dengan lebih sejuta liter air, sebahagian daripadanya melimpah ke luar kompleks menyebabkan polis menutup jalan-jalan berdekatan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]